Khamis, 24 April 2008

Aksi Murai bakal dilanjutkan

SELEPAS berjaya mengumpul 200,000 penonton bagi setiap episod di musim pertama, Aksi Murai, sebuah program hiburan kendalian portal hiburan Melayu www.murai.com.my bakal muncul untuk musim kedua tidak lama lagi.

Walaupun musim pertama baru sahaja melabuhkan tirainya, musim kedua ini telah menerima permintaan hangat daripada kalangan artis yang berebut-rebut menawarkan diri bagi menyertai program tersebut.

Antara artis berkenaan ialah penyanyi popular Asmawi Ani atau Mawi, Anuar Zin, Linda Onn dan pengantin baru, Ning Baizura.

Berikutan itu, program yang sebelum ini berlangsung selama setengah jam menerusi saluran Ria (saluran 104, Astro) bakal dilanjutkan kepada satu jam bagi memberi kepuasan kepada penonton.

Ketua Editor murai.com.my, Roslen Fadzil berkata, Aksi Murai diakui oleh artis popular sebagai platform terbaik bagi mereka mendekati peminat.

“Justeru, tidak hairanlah, teruja melihat sambutan pada musim pertama, beberapa artis sudah pun menawarkan diri untuk menyertai musim akan datang. Ini satu perkembangan yang baik kerana dengan cara ini sahajalah, para artis dapat bersama-sama dengan peminat mereka,” katanya pada majlis penyampaian hadiah kuiz online episod akhir Aksi Murai di Astro, Bukit Jalil, baru-baru ini.

Antara artis-artis yang terlibat pada musim pertama Aksi Murai ialah Dafi, Farah Wahida, Awal Ashaari, Shawal, Haziq dan Nana.

Sementara itu, tempat pertama kuiz Aksi Murai dimenangi oleh Noor Fairul Zura Kamaruzaman, 22, yang memenangi hasil lukisan karya kumpulan Aura iaitu sebuah kumpulan dalam program itu.

Tempat kedua dan ketiga yang membawa pulang lukisan karya kumpulan Vaniti dan Glamorama ialah Siti Sabariah Zakaria, 26, serta Farah Adibah Nor Azmi, 17.

Aksi Murai sebanyak 13 episod dihoskan oleh Ajieb atau Razif Rosdi.

Selain hiburan, Aksi Murai turut menampilkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta mempromosikan produk-produk industri kecil dan sederhana.

Menerusi slot cabaran pula, ia menampilkan cabaran dalam penternakan kambing, pembuatan keropok lekor, tanaman cendawan, penjualan hasil laut di pasar dan penyelenggaraan rumah kebajikan. Semua cabaran itu dilakukan oleh golongan artis yang menyertai Aksi Murai.

Menurut Roslen, untuk musim kedua, pihaknya merancang untuk menambah beberapa slot bersesuaian dengan penambahan waktu penyiarannya.

Ditanya bila Aksi Murai musim kedua akan memulakan siarannya, Roslen memberitahu, ia bakal diadakan sebaik Akademi Fantasia musim keenam dan beberapa lagi program realiti terbitan Astro tamat.

Mengenai portal www.murai.com.my pula, dia menjelaskan bahawa portal tersebut telah dilayari lebih 1.5 juta pengunjung pada setiap bulan.

“Portal ini belum setahun beroperasi namun telah menerima kunjungan yang luar biasa.

“Orang ramai boleh menjadi Geng Murai dan berpeluang membina rangkaian menjalin persahabatan dengan sidang pengarang murai.com.my serta selebriti terkenal seperti Dafi, Yasmin Hani dan Angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Syukor,” ujarnya.

Sementara itu, jelas Roslen, sempena Hari Ibu yang bakal disambut 9 Mei ini, portal berkenaan tidak ketinggalan untuk memeriahkannya menerusi penganjuran pertandingan wajah seiras ibu.
Namun begitu, apa yang menarik adalah wajah ibu seharusnya seiras dengan anak lelaki dan bukannya anak perempuan.

“Wajah seiras ibu dan anak perempuan sudah terlalu klise. Untuk itu kita wujudkan kelainan. Peserta boleh menghantar penyertaan menerusi portal berkenaan dan mereka yang menang akan menerima hadiah menarik,” tambahnya.
CREDIT TO:
- UTUSAN MALAYSIA (24 APRIL 2008 - KHAMIS)
nota kaki:
Perhatikan 'wajah-wajah kesayangan hamba'.... macam kenal jer... hehehe nak sainnnnnnnnnnnnnnn... (^_^)

4 ulasan:

atie berkata...

hiks.....kak siti sabariah...saya nak sainnnnnnnnnnnnnn
begitu juga ngan zura
nak sainnnnnnnn
pastu nk gak bergambar ngan lukisan tuh
ekekekeke

eyLa berkata...

nak saaainnnnn hikss... (^_^)V

Tanpa Nama berkata...

congrats Sab...

Obi berkata...

usaha tangga kejayaan!