Jumaat, 5 November 2010

Artis 80-an meriahkan IFF

ISLAMIC Fashion Festival atau IFF merupakan medan serlahan daya kreativiti yang cukup baik di kalangan pereka fesyen tempatan.

Aktiviti penganjuran kali kelima IFF yang dimulakan sejak Januari lalu dengan menjelajah beberapa kota fesyen terkemuka dunia termasuk Abu Dhabi, Dubai, Jakarta, New York dan Monaco kini bakal melabuhkan tirainya.

Berlangsung selama enam hari berturut-turut bermula 7 hingga 12 November ini, acara berkenaan bakal menghimpunkan rekaan hampir 50 pereka fesyen daripada pelbagai latar belakang budaya, bangsa dan agama dari negara ini.

Tidak ketinggalan, ia turut menarik perhatian penyertaan dari beberapa buah negara luar termasuk Indonesia, Singapura, India, Pakistan dan Itali.

Apa yang istimewanya, sempena kemucak IFF kali ini, ia akan menampilkan tema Moghul Splendour yang diasaskan oleh pelakon dan juga perancang perkahwinan terkenal, Datuk Raja Rezza Shah.

Tambah istimewa lagi, kemeriahan penganjuran IFF kali ini akan turut dimeriahkan oleh penyertaan barisan artis ternama tanah air yang pernah menempa kemasyhuran sekitar tahun 1980-an dan masa kini.

Senarai selebriti yang mengesahkan penyertaan mereka termasuk Aman Shah, Siti Fairuz, Halil Chik, Razis Ismail, Shidee, Noraniza Idris, Norshila Amin dan Nassier Wahab.

Tidak ketinggalan, IFF turut menarik minat Man Bai, Ahmad Fauzee, Azlina Aziz dan Liza Aziz, Rohana Jalil, Sheeda, Jamal Abdillah dan Salwa Abdul Rahman.

Sementara, barisan artis muda yang tidak mahu ketinggalan sama-sama mendokong aspirasi penganjuran ini ialah Yuna, Najwa Mahiaddin dan Shawal.

"Oleh kerana latar saya dahulu daripada aliran hiburan maka saya rasa perlu 'keluarga' saya juga ada bersama untuk sama-sama memeriahkan acara ini.

"Lebih dua tahun saya fikirkan bagaimana untuk saya menarik minat lebih ramai orang untuk mengikuti tentang perkembangan IFF.

"Jika dahulu Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Sheila Majid pernah terlibat sama membuat persembahan kali ini saya terfikir untuk mengetengahkan artis-artis popular sekitar tahun 1980-an pula," kata Raja Rezza atau lebih mesra disapa sebagai Shah Rezza di kalangan penggiat seni tanah air pada sidang media baru-baru ini.

Pada sidang media itu juga, beliau mengumumkan, IFF turut menyenaraikan pelbagai acara termasuk majlis pelancaran, persembahan makan malam serta pertunjukan dan majlis kemuncak bakal berlangsung di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

Menurutnya, acara pembukaan IFF akan diadakan pada 7 November ini pukul 10.30 pagi dengan menampilkan pertunjukan fesyen bercirikan Islamik daripada pereka tempatan dan antarabangsa.

Untuk acara pembukaan itu, dua artis yang akan menghiburkan penonton ialah Aman Shah dan Siti Fairuz.

Sementara itu, kepada mereka yang merindui kemerduan suara Azlina Aziz dan Ahmad Fauzee, inilah peluang untuk anda melihat mereka beraksi.

Kedua-dua bintang popular itu akan menjayakan IFF Charity Brunch yang akan berlangsung pada 8 November pukul 10.30 pagi.

Azlina juga bakal membuat persembahan pada hari yang sama pukul 2.30 petang berkongsi pentas bersama Othman Hamzah dan Liza Aziz pada persembahan yang dihoskan oleh Protect And Save The Children Association, Selangor.

Menambahkan kemeriahan acara IFF, kolaborasi artis-artis lama dan baru iaitu Najwa Mahiaddin, Atilia, Nassier Wahab dan Yuna tentunya menarik perhatian peminat seni.

Mereka akan bergabung tenaga dalam satu acara yang bakal dihoskan oleh Persatuan Karyawan Malaysia pada 10 November pukul 10.30 pagi.

Shah Rezza turut mengumumkan, acara kemuncak iaitu IFF Gala Dinner pula bakal berlangsung di Hotel JW Marriot pada 12 November pukul 7.30 malam.

Untuk persembahan sempena malam kemuncak itu, antara artis yang bakal ditampilkan ialah Ibnor Riza, Liza Aziz dan Fredo.

IFF ternyata menjadi medan penyatuan yang menghimpunkan beberapa negara luar.

Ini jelas apabila bukan hanya pereka fesyen daripada luar mengambil bahagian malah beberapa artis luar turut tampil menghiburkan peminat.

Selain Fredo yang bakal terlibat pada acara kemuncak, penyanyi popular seberang iaitu Hetty Koes Endang juga bakal menghiburkan peminat pada majlis yang dihoskan oleh Breast Cancer Welfare Association (BCWA) pada 9 November pukul 7.30 malam.

Penyanyi popular dari Bollywood, Kumar Sanu juga tidak ketinggalan menghiburkan peminat pada majlis yang dihoskan oleh Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah pada 10 November pukul 7.30 malam.

Kepada mereka yang ingin sama-sama memeriahkan majlis berkenaan diundang sama untuk tempahan meja serta mendapatkan keterangan lanjut mengenai IFF dengan melayari laman sesawang www.islamicfashionfestival.com atau hubungi talian 03-4256 1060 dan 03-4256 2060.

------------------------

Sumber dari : UTUSAN MALAYSIA (5/10/2010)

Khamis, 23 September 2010

Shawal @ Behind The Scene KKC

Alhamdulillah selesai sudah pengambaran bagi filem Karipap-karipap Cinta(KKC). Kami di Agogo Trek ingin mengucapkan TAHNIAH kepada seluruh produksi KKC dengan pesanan,.. kami dah tak sabar nak serbu panggung! Oh ya, Shawal memegang watak Aman selaku teman sekerja Ali (Gambit Saifullah-watak utama). nak tahu siapa lg? kenalah tunggu k ^_<

Ok lah... story sikit k, Filem KKC merupakan sebuah kisah yang mana ia diadaptasikan dari sebuah novel remaja komedi romantik hasil ilham penulis tanahair, saudara Nazri M.Annuar serta diterbitkan oleh PTS Fortuna Sdn Bhd. Mungkin ramai yang dah pernah membaca novel ini kan? Apa pun siapa sangka novel komedi romantik santai yang hanya berhalaman 256 muka surat ini telah menarik minat pengarah tersohor negara kita Othman Hafsham ^_^

Sinopsis :

KKC mengisahkan Ali adalah seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors. Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz). Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar.

Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu. Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya. Dan karipap itu mempertemukan cinta Ali dan menyelamatkan cintanya.

bagi peminat novel yg telah memiliki novel Karipap-Karipap Cinta mesti dah tahu kesudahanya bukan? Untuk mengetahui kesudahan kisah Ali & Sarah versi layar lebar, sama-sama kita nantikan tayangannya 2011, InsyaAllah.












kredit sinopsis : www.kedai-buku.com
kredit gambar : www.makingofkaripapkaripapcinta.blogspot.com
&
Mr.Zukie Hashim Thank You! (",)/

Jumaat, 16 Julai 2010

KEJUTAN HARI JADI MR AGOGO


Assalammualaikum.. maaf ye lama kami tak update blog TAG ni... masing2 sedang menghadapi kesibukan yang agak melampau.. hehehehe

Walaupun busy, kami sempat mengadakan satu kejutan untuk meraikan birthday boy iaitu Shawal yang jatuh pada 3 Julai yang lalu. Sambutan secara kecil-kecilan ini diadakan lewat seminggu dari tarikh Birthday Shawal ini diadakan di Superstar Wangsa Walk, Wangsa Maju.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir pada hari tersebut. Walaupun tak ramai, tetapi tetap meriah dengan keletah dan gelagat masing-masing yang begitu sporting.

Kredit Gambar dan more picture:

- Kak Azue : http://www.facebook.com/profile.php?id=700663954#!/album.php?aid=202291&id=787027113

- Seri : http://www.facebook.com/profile.php?id=700663954#%21/album.php?aid=188971&id=700663954
Untuk review versi santai --> Kejutan.. ermm terkejut tak???

Khamis, 15 Julai 2010

SHAWAL @ GEMPAK DESA ASTRO

Yeah.. we back on track! Baru dapat update...
Hujung minggu ini jom ramai-ramai memeriahkan GEMPAK DESA ASTRO di Kuala Kedah bersama SHAWAL,
Afiq, Lotter, Hazama, Maulana dan Toi!!!

LOKASI : PADANG TAMAN KOTA NELAYAN, KUALA KEDAH
TARIKH : 16 - 18 JULY 2010

Untuk maklumat lanjut boleh layari : FACEBOOK GEMPAK ASTRO

Sabtu, 17 April 2010

Shawal & Faizal Tahir @ AmGames2010, UKM


16hb lalu bertempat di Stadium UKM, Bangi... Mr A Go Go telah terlibat dalam menghiburkan peserta2 & warga Ambank dalam AmGames 2010. Di samping beramah mesra dgn warga Ambank & tetamu yg hadir. menurut sumber, beliau telah menyampaikan 2 buah lagu iaitu Cari Jodoh & Kenangan Mengusik Jiwa. Selain Shawal, Mr Superman Malaysia...Faizal Tahir juga merupakan artis jemputan sebagai kemunculan istimewa pd malam tersebut.

Terima kasih Abs dr Rockensteiners untuk gambar2 ni ya ^_^
***dilarang publish tanpa kebenaran tq***

Jumaat, 16 April 2010

GEMPAK DESA ASTRO @ PASIR PUTEH KELANTAN



Antara aksi2 yang sempat dirakamkan ketika Shawal dan bintang AF yang lain terlibat dalam Gempak Desa Astro di Pasir Puteh Kelantan bulan lalu.
Kredit gambar - Fitri Zainal


Khamis, 15 April 2010

BOWLING TOURNAMENT UCM

-------------------------
Team SHAWAL FC
-------------------------




Bertempat Wangsa Bowl, Wangsa Maju Candy Bowling Tournament telah dianjurkan oleh United Community Malysia (UCM) dgn jaya nya.
Alhamdulillah... Tahniah UCM atas penganjuran yg begitu gah! dalam pd itu dpt juga bertemu & mengeratkan silaturahim antara fc lain ♥
Dan tahniah juga kepada team SHAWAL FC kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam tournament ini. AGOGO!!!!
**credit picture : Suhaila (Eyla)

Ahad, 17 Januari 2010

SHAWAL @ AUDITION AF8




Audition AF8 telah bermula dan lokasi pertamanya adalah di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlangsung pada 9/1/10 yang lalu.

Shawal antara 'senior' dan Artis AF yang telah turun untuk bersama-sama memeriahkan dan memberi semangat kepada bakal-bakal pelajar AF8.


** Kredit Gambar : Kak Julia Shano & TAG Ejart

(KLIK SINI UNTUK GAMBAR)

Sabtu, 16 Januari 2010

Candy Bowling Tournament


Tarikh: 28 Februari 2010
Masa : 9.30am
Tempat : Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall
Yuran : RM160 1 Team (4 pemain)

---------------------------------------------------------------------------------
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
---------------------------------------------------------------------------------

Terbuka kepada mana2 FC.
Maksimum 30 team.
(daftar segera! tinggal beberapa tempat sahaja lagi)
Artis yang hadir dapat bonus point.

Tarikh akhir pendaftaran & pembayaran pada 12 Feb 2010.
Sila email slip, bukti pembayaran ke utdcomm.malaysia@gmail.com
ataupun fax ke 03- 2058 0155 attention Nor Azwana Hamid.
Pembayaran ke Maybank account,
Nor Azwana Hamid 1140 1203 1325
.
Hadiah2 menarik untuk di menangi serta cabutan bertuah!

---------------------------------------------------------------------------------

Persembahan dari Candy & rakan2 serta Promosi Single Candy.
Sila hubungi : Shidi 019 3194 565, Wan 017 5555 542, Beckham 019 3039816

---------------------------------------------------------------------------------
CEPAT JANGAN KETINGGALAN!
---------------------------------------------------------------------------------