BUAT julung kalinya Ozlynn Waty dan Shawal Ruslan digandingkan sebagai pengacara menerusi program khasiat buah-buahan, Rahsia Yang Tersembunyi terbitan A Aida Production.
Ketika ditemui di lokasi penggambaran, masing-masing yang tidak pernah berpeluang bekerjasama mempunyai persepsi berlainan. Biarpun, tidak menjangka kebolehan masing-masing, namun mereka mengakui makin serasi di gandingkan bersama dalam program itu.
Bagi Ozlynn, pada mulanya dia agak terkejut apabila dimaklumkan akan digandingkan bersama Shawal yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia (AF5).
"Memang saya berasa takut pada mulanya apabila dimaklumkan akan digandingkan dengan pendatang baru seperti Shawal. Begitupun, sangkaan saya ternyata meleset apabila mendapati gandingan kami mempunyai keserasian. Malah, Shawal juga cepat bertindak dalam sesuatu situasi. Begitupun, dia masih ada masalah 'mumble' atau bercakap cepat sehingga kadangkala mengakibatkan salah dari segi sebutan.
"Kesilapan itu bagaimanapun jarang berlaku. Malah, lama kelamaan juga, kami semakin selesa dan seronok dengan skrip yang diberikan," katanya.
Sementara itu, Shawal yang sudah mengacarakan beberapa program hiburan seperti Azam Syawal dan Lebaran Di Alaf Baru (RTM) berkata, selain menambah pengetahuan berkaitan kesihatan, ia juga memberi pengalaman baru kepadanya mengacarakan program berbentuk dokumentari.
"Bukan saja menyanyi dan berlakon, malah pengacaraan juga sebahagian daripada cabang seni yang boleh diterokai. Jika sebelum ini, saya terbabit dalam mengacarakan program hiburan, namun menerusi program dokumentari ini, saya dapat mengetahui banyak maklumat mengenai kesihatan.
"Program ini pula dijalankan secara santai dan tidak terlalu formal menyebabkan kami mudah menyesuaikan diri dengan situasi. Cuma sukar sedikit apabila ia membabitkan sebutan nama saintifik untuk buah-buahan dan tumbuhan," katanya.
Kedua-duanya ternyata seronok dapat bekerjasama menjayakan program itu. Sambil mengakui masing-masing turut mempunyai tabiat suka berceloteh yang kadangkala menyebabkan situasi di set penggambaran menjadi riuh.
kredit foto & artikel : Rap @ Metro
*maaf kualiti foto kurang memuaskan, di 'captured' dr keratan akhbar sebenar.
1 ulasan:
hehhe....baguZ
program kesihatan lak..
hiks...mst byk t'shashul, ekekeke
Catat Ulasan