Teks oleh Razif Rosdi
Bagi menampilkan kelainan, sesi uji bakat Raja Lawak 3 mengundang beberapa selebriti Astro popular yang terdiri daripada bintang Akademi Fantasia (AF) dan Raja Lawak sendiri.
Untuk edisi pertama uji bakat yang berlangsung di Kuantan, baru-baru ini, bintang AF seperti Shawal, Yana, Faisal dan Mama Rina sama-sama mengikuti rombongan ini begitu juga jaguh Raja Lawak seperti Zizan, Johan, Pak Tam, Shah dan Tauke.
Tidak ketinggalan, penyampai Era, Adi Fashla yang bertindak selaku pengacara untuk segmen persembahan. Selain nyanyian, kesemua penghibur Astro ini turut menghiburkan penonton dengan pelbagai aktiviti memikat.
Bagi berkongsi apa yang berlaku sepanjang jelajah kali ini, murai.com.my merakamkan bermacam cerita menarik tentang Raja Lawak 3.
Corat-coret Jelajah Raja Lawak 3
* Rombongan jelajah yang dijadualkan bertolak pada jam 3 petang iaitu Jumaat, 7 November 2008 terlambat disebabkan Tauke tiba lewat dari Johor.
* Pengacara Raja Lawak, Zizan dan Johan sanggup pergi sendiri ke Kuantan kerana terlibat dengan rakaman program lain.
* Kasihan juri tetap Raja Lawak 3, Zaibo yang terpaksa menunggu bas di tepi Stesen Petronas Ampang di bawah panas terik. Namun, Zaibo nampak comel apabila menunggu dengan payung besar.
* Selain Zaibo, bas rombongan turut berhenti di Tol Bentong, Pahang untuk mengambil Shah Raja Lawak. Nak tahu kenapa? Sebabnya... Shah adalah Orang Bentong.
* Eeee... gelinya. Itulah yang terjadi pada Tasha dari team Astro. Ketika berhenti makan di sebuah restoran di Kuantan, tiba-tiba dia mejanya diserang ulat sampah. Kecoh habis!
* Adi Fashla sanggup memakai pampers bersama Orang Kuantan ketika memeriahkan aktiviti pertunjukan fesyen.
* Sewaktu menunggu giliran menyanyi, tiba-tiba cermin d ibilik solek jatuh dan habis berkecai. Cermin itu hampir-hampir terkena Mama Rina dan penulis. Namun, sikap keibuaan Mama Rina terselah apabila dia ringan tangan menolong membersihkan sisa kaca cermin tersebut.
* Setiap kali ada waktu terluang, Faisal AF6 selalu mengajak rakan-rakannya bermain bowling. Namun, hajat Faisal tidak kesampaian kerana apabila ada masa, gelanggang bowling sudah penuh.
* Ramai yang tegur Shawal kerana kulitnya semakin gelap. Alasan Shawal, ia kerana dia terlibat dengan program yang memaksanya berpanas di bawah terik mentari.
* Pada hari pertama uji bakat, Zizan kepenatan habis kerana terpaksa mengendalikan uji bakat seorang diri. Ini semua disebabkan Johan yang dijadualkan sampai pada hari kedua.
* Mengikut jadual, Johan dijangka sampai lebih awal namun dia terkandas disebabkan keretanya rosak. Jadi Johan tiba di Hotel Vistana di mana lokasi penginapan kami lebih kurang jam 3 pagi.
kredit foto & artikel : murai.com.my
saksikan VC Mr.Agogo menemubual seorang peserta ujibakat.
2 ulasan:
wah... dah de kat murai neh
hehehhe..maceh kat yg menempek
wah laporan dari murai plak
yeah....maceh2
Catat Ulasan