Khamis, 20 November 2008

Kongsi khasiat buah-buahan


Rap
TIDAK banyak daripada produksi tempatan yang berminat untuk menghasilkan program dokumentari kesihatan. Begitupun bagi A Aida Production, penghasilan program khasiat buah-buahan, Rahsia Yang Tersembunyi untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan bersama masyarakat.

Selain menjadi santapan, tidak ramai yang mengetahui khasiat daun betik yang boleh dijadikan ubat untuk beberapa jenis penyakit. Begitu juga belimbing bagi mereka yang mengalami masalah darah tinggi.

Program dokumentari drama sebanyak 13 episod itu yang menampilkan Ozlynn Waty Ismail dan Shawal Ruslan sebagai pengacara dijangka disiarkan menerusi RTM2.

Penerbitnya, A Aida berkata, idea untuk menghasilkan dokumentari drama itu terhasil selepas membaca buku mengenai buah-buahan.

"Saya berpendapat maklumat mengenai kesihatan yang diceritakan menerusi buku itu boleh dihasilkan dalam bentuk visual. Memandangkan buku hanya sesetengah individu saja dapat membacanya, jadi saya harap dengan penghasilan program ini, ia sedikit sebanyak dapat berkongsi ilmu kesihatan mengenai buah-buahan bersama masyarakat.

"Program ini akan mengupas dengan lebih terperinci mengenai khasiat buah-buahan daripada akar, daun dan batangnya. Sejenis buah-buahan tempatan akan dipaparkan pada setiap episod membabitkan tiga segmen di samping sketsa yang membabitkan buah berkenaan," katanya.

Ketika berkunjung ke lokasi penggambaran dokumentari berkenaan di sebuah restoran yang terkenal dengan pembuatan kuih pau di Shazana Pau Shop And Cafe, Kampung Baru, Kuala Lumpur, kru penerbitan program itu sedang menyiapkan beberapa episod akhir. Setiap episod mempunyai mesej tersendiri mengenai khasiat buah-buahan berkenaan.

Borak Lokasi

NAMA PROGRAM: Rahsia Yang Tersembunyi

kredit artikel : Rap@Metro

Tiada ulasan: