Teks oleh Razif Rosdi
Malam Rabu lalu bersamaan 29 Oktober 2008 lalu, majlis rumah terbuka Kemuncak Aidilfitri Bersama Bintang Akademi Fantasia (AF) mendapat perhatian ramai apabila ia melibatkan bekas juara-juara AF seperti Mawi, Mila, Stacy dan Zahid.
Yang jelas, walaupun ada tempat dijual sehingga RM400 seorang demi untuk duduk semeja dengan Mawi Mila, Dafi dan Stacy, acara yang berlangsung di Dewan Toh Puan Rahah, Yayasan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur itu tetap mendapat sambutan baik.
Itulah antara pengorbanan yangd dibuat oleh peminat bintang AF demi menyokong artis kesayangan mereka. Ada yang sanggup tutup sebelah mata asalkan puas hati dapat bertemu selebriti pujaan masing-masing.
Mengulas mengenai majlis pada malam itu, rata-rata peminat yang hadir membeli meja terhibur dengan acara nyanyian. Pun begitu, ada peminat kurang selesa dengan pemilihan kumpulan XN3 iaitu finalis Raja Lawak 2 sebagai pengacara.
Selain persembahan bintang AF, komposer terkenal Ajai turut berduet dengan Marsha melalui lagu terbaru mereka bertajuk Sayang. Tambah istimewa, acara cabutan bertuah turut dijalankan serta pertandingan baju raya tercantik bagi wartawan yang hadir.
Paling mengejutkan, penulis murai.com.my sendiri dan Marlia Surip dari akhbar Kosmo! dipilih menerima hadiah baju tercantik. Mereka menerima sebentuk cincin tajaan dari Habib Jewels. Terima kasih daun keladi!
3 ulasan:
wahh...
ade muka2 dikenali...
"ade i kesah" nak sain..
ehehhe
maceh yg menghapdet
yeah.....nak sain jugerrrrrrrrrrrrrr
owwhhhh!!!
kat sini korang bersembunyik ekkk??/
sabar je la...pic tu pun korang amek bawak masuk TAG....
[emo malu2 ]
:D
Catat Ulasan