Khamis, 29 Mei 2008

"Hadir Dirimu" simbolik cinta Zahid dan Nita

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

ATAS alasan tidak mahu tergesa-gesa seperti membuat album pertama "Wo!", kali ini penyanyi Zahid tampil dengan album kedua "Baru '08" setelah tiga tahun berlalu.

Kata Zahid, mungkin sikap tergesa-gesa itu wujud dulu kerana beliau masih baru dalam dunia nyanyian setelah menjuarai Akademi Fantasia musim kedua.

"Jadi, kali ini saya mahu lebih berhati-hati. Saya tak nak jadi macam album pertama yang terlalu rushing. Album tu juga nampak terlalu urban.

"Ada peminat saya bising dan kata kenapa album dulu tu banyak lagu rancak dan mereka nak lagu slow. Jadi, sebab tu saya banyak kurangkan urban dalam album Baru '08 ini kira-kira 70 peratus.

Album Baru '08 Zahid telah berada di pasaran sejak 2 Mei lalu (Foto The Star oleh Shaari Che' Mat)"Mereka juga kata suara saya lebih sesuai menyanyikan lagu slow. Dulu, saya mula minat dengan lagu hip hop selepas mendapat lagu Milikku dalam Konsert Akhir AF2. Sedangkan mereka mungkin tak tahu yang lagu pilihan saya semasa konsert tersebut adalah lagu Bila Bulan Bicara yang berentak slow," jelas Zahid.

Tambah Zahid, beliau tidak terlalu banyak campur tangan dalam urusan penerbitan album pertamanya melainkan penghasilan lagu Aliya hasil ciptaannya yang dimuatkan dalam album tersebut dan selebihnya diuruskan oleh pihak Maestro.

"Tetapi kali ini, saya melibatkan diri dalam 50 peratus penerbitan album kedua ini. Saya yang memilih komposer dan penulis lirik lagu dan saya juga ada mencipta sebuah lagu iaitu Hadir Dirimu.

"Contohnya, saya yang minta lagu daripada Audi Mok, Azan Addin, Cat Farish dan Ajai. Namun, saya terkilan juga sebab tak dapat lagu daripada komposer Azlan Abu Hassan. Mungkin lagu tu tak sesuai dengan saya," terang Zahid mengenai albumnya yang telah berada di pasaran sejak 2 Mei lalu.

Ketika menghadiri sesi pra-dengar album Baru '08 Zahid di pejabat Maestro, Bukit Damansara semalam, memang diakui perubahan yang dimaksudkan oleh Zahid mengenai album keduanya itu.

Sebanyak lapan buah lagu yang dimuatkan album tersebut. Kebanyakannya berentak slow seperti lagu Hadir Dirimu, Kau, Seperti Mereka, Cintaku Untukmu dan medley Teratai dan Istana Menanti yang dinyanyikan semula oleh Zahid.

Kata Zahid, beliau memilih untuk menyanyikan semula lagu medley tersebut kerana ingin mengingatkan pendengar tentang kewujudan Zahid dalam AF2 dahulu. Jika ada yang tahu, dua buah lagu tersebut pernah dinyanyikan oleh Zahid dalam konsert mingguan program realiti tersebut.

Namun, lagu medley tersebut disampaikan berlainan dari lagu asalnya dengan iringan muzik 'live string' yang di gubah oleh Along Exist dan Fauzi Marzuki.

Sementara lagu Baru dan Mr. Automatic merupakan lagu rancak yang bergenre dance rock dan techno.

Secara keseluruhannya, pendengar mungkin tidak hampa mendengarkan lagu best seperti Baru yang sudah lama diputarkan di radio, lagu Seperti Mereka dan Cintaku Untukmu.

"Saya bersyukur kerana walaupun industri muzik kita sekarang dalam keadaan teruk, saya masih dapat mengeluarkan album terbaru ini. Apa yang boleh dikatakan, saya berpuashati dengan usaha keras yang saya lakukan selama ini.

"Apa yang menariknya tentang album saya ini adalah dari segi pemilihan lagunya yang lebih matang. Bagi saya, lagu slow dalam album ini sesuai dinyanyikan dalam majlis makan malam dan sebagainya.

"Umur Zahid pun dah 28 tahun. Boleh dikatakan dah mencapai usia lelaki yang matang. Jadi, saya tidak boleh rasa serancak dahulu.

"Lirik dan melodi lagu-lagu dalam album ini pun nampak ciri-ciri Malaysia kerana saya
Zahid puashati dengan Baru '08 kerana kelainan konsepnya yang lebih banyak lagu berentak slowlangsung tidak menggunakan khidmat orang luar negara.

"Saya juga mensasarkan lagu-lagu ini kepada semua pendengar kerana saya ingin menonjolkan vokal saya walaupun lagu-lagu dalam album ini kebanyakannya bercerita tentang cinta," kata teman lelaki penyanyi Nita One In A Million (OIAM) ini.

Cipta lirik lagu dengan Nita

Lirik lagu Hadir Dirimu memang diciptakan untuk Zahid dan Nita yang sedang hangat bercinta sekarang.

Buktinya, Zahid sendiri mengakui yang lirik lagu tersebut dihasilkan oleh mereka berdua.
"Walaupun saya tak tulis nama dia dalam album tu tapi sebenarnya lirik lagu tu dihasilkan oleh kami berdua.

"Kira-kira dalam bulan Disember tahun lepas, dia tolong saya buat lirik lagu tu. Manakala melodi lagu tu pula, saya dah cipta selepas habis AF2.

"Di ikutkan, memang saya nak lagu Hadir Dirimu ni dimuatkan dalam album pertama dulu tetapi tak dapat sebab lagu ni berentak slow," jelas Zahid yang telah mengenali Nita sejak dua tahun lalu. Tahun lepas barulah mereka berdua serius dalam perhubungan tersebut.

"Kami belum ada perancangan untuk berkahwin. Setakat ini, saya nak tumpukan kepada karier dan kumpul duit dahulu. Biarlah orang tahu yang kami sedang berkawan sekarang," ujar Zahid yang merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada usia 30 tahun.

Dalam perkembangan lain, Zahid juga sedang sibuk mengikuti program jelajah Gempak Selebriti Astro. Selepas ini, beliau akan ke Kuantan, Pahang dan Pulau Pinang untuk menjayakan program tersebut. Dia juga akan bersama alumni AF yang lain untuk Konsert Reunion AF di Sarawak.

"Selain itu, saya merancang cipta lagu untuk Bob AF2 dan lagu single Shawal AF5."

"Saya juga ada join bisnes menguruskan majlis kahwin termasuk percetakan kad kahwin dengan kakak saya," beritahu Zahid yang turut terlibat dengan lakonan drama yang sedang diuruskan oleh pihak Maestro.
**Credit to : mStar Online

2 ulasan:

madjo berkata...

hikss.. begitu.........

atie berkata...

WAH.....nk cipta lagu single untuk shawal....best best