Selasa, 30 Jun 2009

Shawal @ Roadshow TRB [UTARA]

-----------------------------------------------------------------
HOTEL STAR CITY ALOR SETAR
KEDAH (21 JUNE)
-----------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------
HOTEL VISTANA PENANG
Penang (19 JUNE)
-----------------------------------------------------------------

kredit pics TRB tq so much!

Ahad, 28 Jun 2009

Khamis, 25 Jun 2009

Shawal @ Kosmo [25 June : pg.6]

------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------------------------------------------
~page.6~
------------------------------------------------------------------------------------

kredit keratan akhbar : eida tq so much!

Selasa, 23 Jun 2009

Shawal FC @ Marsha UPK Bowling Tournament 2009

Salam...21 Jun lepas, Shawal FC telah menghantar satu team bowling bg pertandingan bowling anjuran Marsha Underneath Pokok Kelapak. Mengikut perancangan awal 3team yang sepatutnya mewakili Shawal FC tetapi akan disebabkan masalah teknikal & kesihatan makanya satu team saje la wakil dari kami bersaing pada tournament anjuran Marsha FC ini.

Tournament kali ini berlangsung di Cosmic Bowl, Midvalley Megamall. Sebanyak 32 team yang terdiri daripada wakil dari setiap FC telah menyertai pertandingan ini. Antara FC yang terlibat adalah Toi FC, Heliza FC, Ebi FC, Riz FC, Saida FC, Diddy FC, Zizi FC, Aisyah FC, Shawal FC, Marsha FC dan ramai lagi. Majlis bermula jam 10am dengan balingan perasmian oleh tuan rumah, Marsha. Antara artis2 yang turut hadir dalam tournament ini adalah Riz, Aisyah & Zizi. Sepanjang acara berlangsung acara karaoke secara percuma! disini lah kita dapat lihat wakil2 dari FC menunjukkan bakat terpendam masing2, kesimpulannya mereka semua kaki karaoke hehehe. Majlis telah diserikan lg dengan persembahan dari Marsha & Riz.

Setelah 3 frame habis, tibalah masa untuk majlis penyampaikan hadiah oleh tuan umah kepada semua pemenang. Team Ebi FC telah berjaya merangkul gelaran sebagai Juara pada tournament kali ini. Tahniah diucapkan!. Bagi kategori Team Havoc puler Saida FC telah berjaya merangkul gelaran tersebut. Sesuatu yang amat tak dijangka team Shawal FC telah berjaya merangkul sebagai Best Dress!. Sebenarnya pada awal penyertaan kami, hanyalah untuk memeriahkan majlis sekaligus merapatkan hubungan silaturahim antara FC tak sangka puler ada hadiah tuk kategori tersebut. Alhamdulillah kira rezeki kami pada hari itu agaknya . Majlis berakhir pada jam 2.30pm. Hadiah2 telah ditaja sepenuhnya oleh Bioteam & Tinge Spritzer.

Tahniah pada Marsha FC diatas penganjuran tournament ini serta terima kasih pada semua krew yang terlibat. Semoga bertemu lagi pada tournament yang akan datang!

lg gambar klik sini & keputusan penuh klik sana
lg review klik situ, sana, sini, sinun & sanun

Isnin, 22 Jun 2009

SHAWAL @ TRB ROADSHOW [KEDAH]

Program : Roadshow TRB di Kedah
Lokasi : Star City Hotel, Alor Setar, Kedah
Tarikh : 21 Jun 2009
Masa : 8.30 mlm

* Terima Kasih kepada Misz Sha, Salsabila dan Diela yang mewakili SHAWAL FC di bahagian UTARA. Cayalah korang!!!! Mesti best kan dapat jumpa big bosh... lama dia x turun Kedah.Thanks muach!!!

** Credit Picture : Misz Sha

*** Untuk koleksi gambar di roadshow di Ipoh, Taiping & Penang.. tunggguuu!!!!

Khamis, 18 Jun 2009

Lepak Santai wt. Mr Agogo Pt.3

Salam... sesi lepak santai diteruskan seperti biasa. Port bersantai kami seperti biasalah Old Town White Coffee. Mengikut perancangan awal Madjo, Atie, Sab & Syasya turut serta tetapi masing-masing terpaksa cancel last minute. Jadi kali ini hanya Izan, Tira & Ejart yang turut serta. Tak ketinggalan juin seperti biasa Seri & Eyla.

Topic perbualan kami pada malam itu lebih kepada mengimbau kenangan mengusik jiwa (eh macam pernah dgr kan? hiks!). Sedia maklum masing2 baru pulang dr kerja & terpaksa meredah kesesakakan lalu lintas, tu tidak menghalang kami tiba ke destinasi yang telah dijanjikan, Alhamdulillah~. Walaupun kami tiba agak lewat serta keletihan, perbualan kami pada malam itu amat menyeronokkan diserikan lg dengan gaya2 bersahaja dari Shawal makanya sampai kejung perut kami menahan kelucuan & hilang terus rasa letih sepanjang perjalanan tadi. Disamping berbual kosong sempat juga kami berbincang mengenai aktiviti untuk FC. Nak tau apa? itu kena tunggulah! InsyaAllah~

Terima Kasih pada yang hadir. Hope ramai lagi dapat turut serta pada sesi akan datang!

Selasa, 16 Jun 2009

Hi Shawal Fans...

"Hi Shawal Fans, ROADSHOW E-SHAWAL <> Ingin berjumpa dgn Shawal Live & kenali dirinya dgn identiti baru sebagai Seorang Usahawan e-Dagang?Jika anda berminat sila hubungi
Pn.Ros (0132549144)
untuk tiket masuk percuma..!Cepat bertindak..!
"


kredit keratan akhbar: eida tq!

Isnin, 15 Jun 2009

SHAWAL & TRB ROADSHOW


BUSINESS GERAK USAHAWAN GLOBAL

EKSKLUSIF BERSAMA SHAWAL



JADUAL ROAD TOUR (JELAJAH UTARA)

16 JUNE 2009 (SELASA) / 8.30 mlm
MAX EMPIRE CENTER, IPOH

17 JUNE 2009 (RABU) / 8.30 mlm
TRB 'U' CENTER, TAIPING

19 JUNE 2009 (JUMAAT) / 8.30 mlm
HOTEL VISTANA, PENANG

21 JUNE 2009 (AHAD) / 8.30 mlm
HOTEL STAR CITY, ALOR SETAR, KEDAH

** MASUK ADALAH PERCUMA**

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Jom ramai2 turun ke lokasi-lokasi yang dinyatakan... Beramah mesra bersama Shawal disamping menjana pendapatan anda dengan cara yang lebih berkesan!
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabu, 10 Jun 2009

SHAWAL FC @ ULANGTAHUN PERTAMA NUBHAN FC 2009

Salam... Seperti beberapa entri sebelum ini, Nubhan FC telah menjemput Shawal FC untuk sama-sama bagi memeriahkan Majlis Sambutan Ulangtahun Pertama Nubhan FC di Ballroom Manhattan I, Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre.

Majlis berjalan denagan lancar & meriah dengan kehadiran peminat2 Nubhan dari seluruh negara. Boleh dikatakan kesemua peminat Nubhan amat sporting, tanpa segan silu mengambil bahagian didalam setiap acara yang dijalankan. Pelbagai permainan yang menarik telah dijalankan, antaranya ialah, kotak beracun, radio rosak, kuiz, tresure hunt & banyak lg. Kami pada awalnya perlu pulang awal hampir terleka dek terlampau seronok menyertai permainan mereka haha.

Sesuatu kelainan oleh pihak AJK majlis, satu gimik yang membuatkan seluruh dewan menjadi gelap gelita & hanya diterangi cahaya lilin diatas kek sahaja menerangi dewan. Rupa-rupanya mereka mengadakan Birthday Suprise kepada Nubies yang menyambut hari lahir dalam lingkungan Januari hingga Jun 2009. Bukan sahaja suprise tersebut kemuncaknya... malahan Nubhan juga mnyuapkan kek tersebut pada setiap birthday Gurl & Boy yang terlibat. Menarik bukan? Tidak ketinggalan mereka juga mendapat hadiah istimewa eksklusif dari Nubhan.

Apa yang boleh diperkatakan disini, pada keseluruhan majlis ini adalah amat berjaya. Tahniah diucapkan kepada seluruh tenaga kerja yang terlibat!

Terima kasih diatas layanan istimewa dari YB (Chieth presiden Nubhan FC) & Ajk2 lain, lain kali jemputlah kami lg ye... insyaAllah jika tiada aral pasti kami datang memeriahkan majlis kalian (^_^)v

------------------------------------------------------
Lg cerita gath disitu, disana, disini & disinun
Lg picca disini rasanya byk lagi...
Jengah juga forum mereka k
------------------------------------------------------