Selasa, 23 Jun 2009

Shawal FC @ Marsha UPK Bowling Tournament 2009

Salam...21 Jun lepas, Shawal FC telah menghantar satu team bowling bg pertandingan bowling anjuran Marsha Underneath Pokok Kelapak. Mengikut perancangan awal 3team yang sepatutnya mewakili Shawal FC tetapi akan disebabkan masalah teknikal & kesihatan makanya satu team saje la wakil dari kami bersaing pada tournament anjuran Marsha FC ini.

Tournament kali ini berlangsung di Cosmic Bowl, Midvalley Megamall. Sebanyak 32 team yang terdiri daripada wakil dari setiap FC telah menyertai pertandingan ini. Antara FC yang terlibat adalah Toi FC, Heliza FC, Ebi FC, Riz FC, Saida FC, Diddy FC, Zizi FC, Aisyah FC, Shawal FC, Marsha FC dan ramai lagi. Majlis bermula jam 10am dengan balingan perasmian oleh tuan rumah, Marsha. Antara artis2 yang turut hadir dalam tournament ini adalah Riz, Aisyah & Zizi. Sepanjang acara berlangsung acara karaoke secara percuma! disini lah kita dapat lihat wakil2 dari FC menunjukkan bakat terpendam masing2, kesimpulannya mereka semua kaki karaoke hehehe. Majlis telah diserikan lg dengan persembahan dari Marsha & Riz.

Setelah 3 frame habis, tibalah masa untuk majlis penyampaikan hadiah oleh tuan umah kepada semua pemenang. Team Ebi FC telah berjaya merangkul gelaran sebagai Juara pada tournament kali ini. Tahniah diucapkan!. Bagi kategori Team Havoc puler Saida FC telah berjaya merangkul gelaran tersebut. Sesuatu yang amat tak dijangka team Shawal FC telah berjaya merangkul sebagai Best Dress!. Sebenarnya pada awal penyertaan kami, hanyalah untuk memeriahkan majlis sekaligus merapatkan hubungan silaturahim antara FC tak sangka puler ada hadiah tuk kategori tersebut. Alhamdulillah kira rezeki kami pada hari itu agaknya . Majlis berakhir pada jam 2.30pm. Hadiah2 telah ditaja sepenuhnya oleh Bioteam & Tinge Spritzer.

Tahniah pada Marsha FC diatas penganjuran tournament ini serta terima kasih pada semua krew yang terlibat. Semoga bertemu lagi pada tournament yang akan datang!

lg gambar klik sini & keputusan penuh klik sana
lg review klik situ, sana, sini, sinun & sanun

2 ulasan:

madjo berkata...

yeah.. updated..

congrats kat sume yer...

sunuts sgt2..ehee

T.A.G EyLa berkata...

kan kan kan... tak sangka lor dpt rebut satu kategori!!!