Isnin, 30 November 2009

Shawal @ Jemputan Keluarga Haji Tahar

Pada 27 November 2009 besamaan 10 zulhijjah 1430 masihi. Satu majlis bagi mengumpulkan anggota keluarga Haji Tahar yang jauh & dekat telah diadakan dengan jayanya. Majlis ini telah diadakan di Sepang, Selangor Darul Ehsan.

Disamping merayakan Hari Raya Qurban bersama-sama, majlis ini bertujuan mengumpulkan saudara-mara yang telah lama tidak bersua. Alhamdulillah seramai lebih dari 10 keluarga dapat dihimpunkan. Sebagai hiburan untuk semua ahli keluarga, Shawal telah di jemput oleh tuan rumah untuk sama-sama menghiburkan keluarga yang ada.

Majlis pada malam itu di mulakan dengan solat maghrib & isyak secara berjemaah serta diikuti tahlil diadakan surau berhampiran. Ahli keluarga kemudiannya di jemput menjamu selera disamping dihiburkan oleh Shawal. Sempat juga Shawal mengusik & menjemput sanak saudara yang ada menunjukkan bakat masing-masing.

Tuan rumah sempat mengucapkan terima kasih diatas kesudian Shawal & keluarganya datang memeriahkan majlis berbentuk kekeluargaan ini. Majlis pada malam tersebut berakhir pada jam 12am.

*kredit
foto & teks : keluarga Haji Tahar terima kasih!

Tiada ulasan: