Khamis, 5 Mac 2009

SHAWAL @ SLOT LAGENDA


Jangan ketinggalan saksikan SHAWAL di
SLOT LAGENDA : JULIA-JULI

Waktu Siaran: Isnin - Khamis
TV 3 : 4.30 Petang
TV 9 : 8.35 Malam

** Saksikan secara online di WEB TV9


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sinopsis:
Julia Juli yang diterbitkan oleh Tenview Sdn Bhd. ini diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi iaitu Adam Hamid dan sudah menemui penonton mulai 3 Mac lalu. Siri 20 episod ini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang. Drama komedi romantik ini membariskan pelakon handalan tanah air seperti Dynas, Nik Safiyah, Zed Zaidi, Danny, Abby Abadi, Rahim Jelani, Shawal AF, Aqasha dan Imuda. Apa yang menarik drama ini turut mengetengahkan penyanyi popular Misha Omar.

Julia Juli adalah adaptasi dari sebuah cerita mitos bertajuk Jula Juli Bintang Tiga. Ia diolah semula menjadi drama bersiri sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Drama ini memberi tumpuan kepada tiga beradik yang berasal dari dunia kayangan iaitu Jula, Juli dan Julu. Juli, kakak sulung taksub terhadap fesyen. Satu hari, setelah mengetahui dirinya akan dikahwinkan dengan Putera Adika yang tidak disukai, dia lari turun ke bumi dan terjumpa dengan Arif, seorang lelaki kaya. Arif yang terpikat dengan kecantikan Juli telah mencuri kalung identitinya dari dunia kayangan yang menyebabkan Juli lupa akan asal usulnya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*sumber grafik : diolah dari TV3 & sinopsis : Berita Harian

1 ulasan:

madjo berkata...

wahh.... santeknyerssssssssss

alallallala..

suke2.. ekekke