Rabu, 11 Februari 2009

MR.AGOGO @ SABAH


KUALA LUMPUR, 10 FEB 2009: Bukan semua bintang-bintang Akademi Fantasia (AF) diberi peluang memasuki bilik uji bakat AF musim ke 7 (AF7) seperti yang diadakan di pusat beli-belah 1 Borneo, di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Mila dan rakan-rakannya, Ebi, Nadia, Nubhan, Riz dan Shawal, cukup bertuah kerana selain berpeluang menghiburkan peminat Sabah menerusi mini konsert selama 3 hari uji bakat itu berlangsung, malah diberi peluang keemasan memasuki bilik uji bakat program realiti paling popular itu.

Tidak berkelip mata Mila apabila dapat melihat sendiri mutu persembahan salah seorang peserta dari Sabah.

"Apabila diberi peluang seperti ini, ia mengimbau kembali ingatan Mila ketika diuji bakat dulu. Mila tahu sangat bagaimana perasaan mereka yang berada di dalam bilik uji bakat.

"Cara ini sebenarnya memberikan satu motivasi kepada diri kita," katanya ketika ditanya portal hiburan murai.com.my.

Mila berkata, masih lagi terbayang di matanya akan kepayahan menghadiri uji bakat AF5 yang sememangnya memerlukan kesabaran dan komitmen sepenuhnya untuk melepasi tangga terakhir tapisan.

Kata Mila, dia pernah menghadiri uji bakat sebanyak 2 kali ketika AF4, bagaimanapun hanya mampu membolosi kelompok 20 teratas ketika itu. Sudah tentu terpancar perasaan kecewa.

Namun, dia tidak mudah patah semangat. Meskipun masih lagi penat pulang bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab di Pulau Pinang, dia tetap menggagahkan diri ke uji bakat itu sehingga layak bergelar juara AF5.

"Mila nampak, tahun ini ada 4 peringkat yang perlu peserta lalui. Ia berbeza ketika zaman uji bakat Mila. Dulu tak ada tapisan pertama. Mungkin kali ini AF lebih terperinci dalam usaha mereka mencari kualiti dan bakat terbaik.

"AF juga sebenarnya mencari seseorang yang boleh menyanyi, mempunyai personaliti dan berpotensi untuk diperbaiki. Tapi apa yang boleh saya katakan, uji bakat AF7 lebih sukar atau mencabar," katanya.

Apabila ditanya, apakah yang mahu diperbaiki masa uji bakat boleh diputarkan semula. "Tarian dan cara saya yang bercakap terlalu laju," kata Mila.

Credit to murai.com.my

Tiada ulasan: