
Isnin, 29 Disember 2008
Shawal FC Bowling Tournament [BIG DAY]

(ikuti cerita bergambar di bawah---->)






















lagi gambar sila klik sini
kredit foto #1 k.julia shanoans cari.com tq so much!
Shawal FC Bowling Tournament [PREP]
Ahad, 28 Disember 2008
Terima kasih semua.. AGOGO!

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada penaja-penaja utama kami seperti MURAI, Sinar Harian, Tourism Malaysia, CCM, Maggi, BHP Petrol, BodyShop dan TM yang sudi memberi sumbangan kepada kami demi memastikan segalanya berjalan lancar.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada individu-individu yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung sepanjang menguruskan bowling tournament pertama anjuran SHAWAL FC.
Jutaan maaf kami pohonkan sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau pun ketidaksempurnaan sepanjang kami menguruskan tournament ini.
Pantang Mundur, Jalan Terus... AGOGO!
Sabtu, 27 Disember 2008
Selasa, 16 Disember 2008
UCAPAN SHAWAL
Ucapan dari Shawal a.k.a MR AGOGO
sempena
BOWLING TOURNAMENT SHAWAL FC
yang akan berlangsung pada
25 DISEMBER 2008
JUMPA ANDA DI SANA!!!!!!!!!!!!!!!!!
LET'S BOWL WITH MR AGOGO!!!!
Jumaat, 12 Disember 2008
Jumaat, 5 Disember 2008
Rezeki Shawal datang mencurah ~ Harian Metro
Bermula dengan siri Pria yang disiarkan di Astro. Lakonan pemuda tinggi lampai ini sebagai pelakon utama dapat disaksikan peminat menerusi telefilem komedi berjudul Din @ Dina, terbitan JD Productions.
Malah selepas berjaya membuktikan bakat lakonannya Shawal mula terbabit dalam pengacara. Selepas satu demi satu tugas mengacara ditawarkan kepadanya, bermula untuk program hiburan raya, dia mengendalikan pula program Azam Syawal dan Lebaran Di Alaf Baru disiarkan RTM.
Shawal digandingkan dengan pelakon, Ozlynn Waty Ismail untuk program majalah buah-buahan, Rahsia Yang Tersembunyi terbitan A Aida Production Sdn Bhd.
Bagi Shawal yang terkenal dengan tagline A Go Go ketika penampilan di AF5, nyanyian masih menjadi keutamaannya begitupun sebagai artis dia mahu mempamerkan bakat seni yang ada ketika diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya.
"Ada yang bertanya sama ada saya sudah tidak berminat menyanyi. Sebenarnya nyanyian masih menjadi keutamaan. Lakonan dan pengacara sebagai batu loncatan untuk mengembangkan bakat seninya. Ketika ini mungkin rezeki saya pada lakonan dan pengacara. Jadi ada baiknya saya mencuba.
"Bukan untuk tangkap muat atau menerima apa saja watak ditawarkan sebaliknya lakonan membabitkan karakter yang pasti berbeza-beza. Dengan cara ini saya dapat memperbaiki kelemahan ketika tampil dalam lakonan," katanya.
Pembabitan dalam bidang nyanyian dan lakonan banyak membantu Shawal ketika mula berjinak dalam pengacaraan. Walaupun pada peringkat awalnya dia berdepan masalah namun berjaya diatasi dengan bimbingan pengarah serta rakan artis.
"Sebenarnya pengacaraan banyak membantu saya membentuk keyakinan diri ketika tampil menjayakan persembahan. Ketiga-tiga bidang ini ternyata mempunyai kaitan antara satu sama lain tidak salah jika sama mencubanya," katanya.
Menurut Shawal lagi, dia merancang untuk menghasilkan album kompilasi lagu 60-an secara solo jika diberi kesempatan pada masa depan.
kredit artikel : www.hmetro.com.my
Isnin, 1 Disember 2008
Mr. Agogo @ Karnival Ujibakat Raja Lawak [30Nov]

bersama fans Shah Alam yang sporting!
special performance 'Ketahuan Unplugged' (sgt best!)

Mr. Agogo @ Karnival Ujibakat Raja Lawak [29Nov]
Mr.Agogo bersama 3 lagi rakan AF5 yang lain Heliza, Candy & Aizat telah mengisi slot rehat ujibakat tersebut. Situasi hari pertama, sambutan penonton amat menggalakkan, tiada langsung space kosong dari depan, kiri & kanan stage. Malahan tingkat atas juga penuuh. Boleh di katakan FULL HOUSE gitu. Berikut gambar2 hari pertama di Plaza Alam Sentral.

MR. Agogo @ L.O.O.K Futsal Tournament
Beliau sempat bermain untuk dua perlawanan sahaja menentang Bereh FC (menang 2-0) & Davom (kalah 3-2). Ini adalah kerana beliau terpaksa bergegas pulang kerana telah dijadualkan perlu menghadiri show di Plaza Alam Sentral pada sebelah petang. Walau bagaimanapun, beliau sempat menyumbang 1 gol dalam menentang Bereh FC.
Dalam perlawanan ini, keseluruhan Shawal FC telah menduduki tempat Ke-7 dari 32 team. TAHNIAH di ucapkan!!!