Selasa, 9 September 2008

Yok Sahur !!!

Yok Sahur Bersama Selebriti Sekarang!


Teks oleh Razif Rosdi

Kebiasaannya peminat selalu diberi peluang berbuka dengan artis. Bagaimana pula dengan bersahur? Demi mencari kelainan, portal murai.com.my akan mengajurkan program Yok Sahur dengan kerjasama saluran @15.

Program ini melibatkan 24 selebriti popular yang bakal bersahur bersama GengMurai dan juga pemenang kuiz yang dijalankan di @15.

Setiap peserta mahu pun artis akan dihidangkan dengan juadah sahur istimewa dari penaja utama iaitu Restoran Rumah Thai. Seramai 24 artis ini akan dibahagikan kepada 4 sesi bersahur di mana setiap sesi akan dijalankan di semua cawangan Restoran Rumah Thai.

Tambah istimewa, sesi kedua untuk Yok Sahur ini akan dijalankan di Rumah Nur Salam iaitu Pusat Jagaan Kanak-kanak Nur Salam di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Berikut ialah nama artis mengikut sesi Yok Sahur:

Sesi 1 - 12 Sept 2008
Izwan Pilus, Imran Ajmain, AizatAF5, 6ixth Sense, Nadia, Faisal, Alif AF6, Rain

Sesi 2 - 16 Sept 2008
Fazli Zainal, Dafi, Faizal AF4, Noni, Zila, Farhan

Sesi 3 - 19 Sept 2008
Sharifah Zarina, Kamal Adli, Iqram Dinzly, Aimee, Bob, Dina

Sesi 4 - 26 Sept 2008
Nubhan AF6, Nikki, Mila, Shawal, Afiq

Jadi, apa tunggu lagi, sertailah Kuiz Yok Sahur sekarang kerana tarikh tutup penyertaan mengikut sesi. Jangan lupa menyertainya.

Klik di sini untuk menyertai kuiz Yok Sahur.

Kredit Artikel & Foto : www.murai.com.my

3 ulasan:

nuratika berkata...

hello Shawal or abang Shawal. haha. i'm atika from singapore. on 13/09/08 you were at Angsana right? I was there too. The one that took photo with you. I was wearing black t-shirt. My mom help me to take our photo.remember? i just wanna send you the photo if you want.do visit my blog when you're free.thanx. Selamat Berpuasa!

nuratikaa berkata...

by the way yg YOK SAHUR ni dekat mane?

Agogo Trek berkata...

Nuratika

Thanks ye, wah dr s'pore rupanya...gamba2 leh emel ke--->
agogo.trek@gmail.com tq k

Yok sahur tuh part shawal kat---> Restoran Rumah Thai
Kelab Saujana Utama, Sungai Buloh

try la masuk contest tu k.