Ahad, 28 September 2008
Sabtu, 27 September 2008
Yok Sahur @ Rumah Thai, Saujana Utama


En.Roslen(bosh Murai) & Puan Lela (tuan umah)~

menang games ni... kena buat persembahan, meke sgt sporting....~

Rezeki bulan Ramadhan la katekan...3 org dari TAG telah memenangi
peraduan yang di anjuran oleh portal hiburan popular Murai.com.my
Tahniah kepada pemenang & terima kasih kepada TAG yang di ajak yang mengajak .
Jumaat, 26 September 2008
Mr.Agogo @ Majlis Berbuka Puasa EH!

Amboi...Amboi...Amboi Raya Special
Rabu, 24 September 2008
Jumaat, 19 September 2008
SHAWAL @ HAI [EDiSi RAYA]
--------------------------------------------------------------
Selasa, 16 September 2008
RADIOPERA~MACAM-MACAM CINTA
Salam kawan2... tentu dah mula dgr drama radio di Hot Fm yg turut di bintangi Mr Agogo kita. Mungkin ade yang terlepas dengarkan...so kawan2 sumer leh dengar ulangan dari episod 1 kat sini
---------------------------------------------------------------------------
Nina - Farah Diana
Arif – Farish Aziz
Leen - Leya
Yati - Zura
Mail - Shawal
Suzy - Fara Fauzana
Joe - Afiq
Asmah - Tini
Amar, Amir, Amur - Ikhwan
Hani - Anne
Makmah - Tokwan
---------------------------------------------------------------------------
Isnin hingga Jumaat
jam 8.40 pagi dan ulangan pada pukul 3.40 petang
@ Hot Fm [97.60]
kredit pic to abg badrulaftersix & Hot FM
Majlis Berbuka Puasa Deco bersama Eric
----------------------------------------------------------------------------
Ahad, 14 September 2008
Promosi Album Raya AF @ Plaza Angsana


Menurut sumber, Mr. Agogo membawa lagu Oh Fatimah tuk persembahan pada malam itu. Mr.Agogo sempat menjemput 4 orang wanita untuk menari dengan beliau. Apa yang menariknya, menurut sumber juger... ke empat2 wanita berkenaan bernama Fatimah hiks.
Selain Mr. Agogo, beberapa selebriti AF juga turun JB tuk turut serta sessi jelajah promosi ini. Walaubagaimana pun, sambutan pada promosi Raya AF dengan menampilkan artis2 AF amat menggalakkan...Terima Kasih warga JB yang sporting.

kredit foto : Thanks T.A.G JB Fan & adik Atika
Sabtu, 13 September 2008
Majlis Berbuka Puasa & Pelancaran Amboi3

12 Sept 2008
Nama Azwan Ali sememangnya sentiasa hangat di persada seni negara. Selain sinonim dengan pelbagai kisah kontroversi sebelum ini, Azwan Ali juga sangat terkenal melalui program ‘Jangan Tidur Lagi’ yang disiarkan di TV3 serta ‘Cit Cat Azwan Ali’ yang sentiasa dekat di hati penonton.
Kini setelah menyepi hampir dua tahun, bekas pengacara program hiburan terkenal ‘Melodi’ dan ‘Muzik-Muzik’ ini meneruskan idea kreatifnya menerusi program bual bicara terbaru berjudul 'Amboi… Amboi… Amboi…' yang bakal ditayangkan di saluran Astro tidak lama lagi.
Berpeluang mendekati Azwan di majlis berbuka puasa dan pelancaran program tersebut di Hotel Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan baru-baru ini, dia memberitahu, 'Amboi… Amboi… Amboi…' merupakan sebuah rancangan hiburan yang cukup sensasi dan terkini.
"Hakikatnya 'Amboi… Amboi… Amboi…' adalah sebuah rancangan hiburan yang boleh saya sifatkan sebagai 'revamp of the previous ‘Cit Cat’. Walaupun ‘Cit Cat Azwan’ sudah berakhir, kehadiran 'Amboi… Amboi… Amboi…' diharap dapat mengubat kerinduan penonton Astro terhadap sebuah rancangan ala gosip dan kontroversi seumpama Cit Cat yang sentiasa panas dan membara," katanya.
Tambahnya konsep soalan laser masih dikekalkan di dalam program 'Amboi… Amboi… Amboi…', namun ianya menggunakan beberapa pendekatan terkini. Malah beberapa pembaharuan dalam program tersebut terutamanya daripada segi mood yang diselitkan dengan unsur-unsur drama komedi memikat tanpa menjejaskan matlamat utamanya dalam memberikan mesej mendalam terhadap isu-isu kontroversi yang melanda artis jemputan setiap minggu turut diterapkan.
"Saya selaku penerbit eksekutif sangat berpuas hati dengan kerja-kerja rakaman yang telah dilakukan. Malah saya juga gembira kerana berjaya menghimpunkan 40 artis dan selebriti tanah air untuk dirakamkan kenyataan-kenyataan sensasi mereka.
"Pada saya selebriti yang terlibat dalam program ini merupakan kumpulan artis yang berpijak dibumi nyata dan tidak takut dengan bayang-bayang sendiri," ujaranya yang yakin program tersebut bakal mendapat sambutan hangat daripada para penonton.
Antara selebriti yang terlibat dalam program 'Amboi… Amboi… Amboi…' ialah Jaclyn Victor, Hans Isaac, Zahida Rafik, Jehan Miskin, Jue Aziz dan ramai lagi. Selain itu, pengacara serba boleh ini juga mengundang artis sensasi awal 80-an seperti Zarina Zainuddin, Dee Jangan Ketawa dan Leina Hangat untuk menambah kemeriahan.
Selain menjawab pelbagai isu kontroversi, para selebriti yang terlibat dalam program ini juga berpeluang bercerita tentang perkembangan terbaru karier seni mereka.
Tambah menarik, program yang berdurasi selama satu jam ini bakal diserikan dengan gelagat-gelagat lucu Mas AF yang muncul dalam setiap episod sebagai pembantu rumah Azwan bernama 'Bulan Jamaica'. Mas akan muncul dalam adegan-adegan drama sketsa komedi.
Menurut Mas, muncul dalam program terbaru itu bersama Azwan Ali merupakan pengalaman menarik yang sukar untuk dilupakan. Malah dia diberi peluang menonjolkan bakat terpendamnya sebagai seoarang pengacara.
Dalam pada itu, sempena hari raya Pertama, 'Amboi… Amboi… Amboi… Raya' akan ke udara buat pertama kalinya di saluran Astro Prima (saluran 106) pada jam 11.30 pagi dan menampilkan tiga bintang popular iaitu Dafi, Mila dan Rozita Che Wan selaku tetamu istimewa.
Manakala program mingguan 'Amboi… Amboi… Amboi…'pula akan bersiaran pada setiap hari Khamis, jam 9 malam bermula 6 November depan.
Sementara itu dalam majlis berbuka puasa yang telah dianjurkan, ramai selebriti popular yang turut hadir memberikan sokongan. Antaranya Zarina Zainuddin, Zahida Rafiq, Shawal AF, Bob AF, Mas AF, Sarimah Ibrahim, Raja Farah, Izwan Pilus dan Dina MI.
kredit artikel n foto : www.gua.com.my
Selasa, 9 September 2008
Yok Sahur !!!
Yok Sahur Bersama Selebriti Sekarang!
.jpg)
Kebiasaannya peminat selalu diberi peluang berbuka dengan artis. Bagaimana pula dengan bersahur? Demi mencari kelainan, portal murai.com.my akan mengajurkan program Yok Sahur dengan kerjasama saluran @15.
Program ini melibatkan 24 selebriti popular yang bakal bersahur bersama GengMurai dan juga pemenang kuiz yang dijalankan di @15.
Setiap peserta mahu pun artis akan dihidangkan dengan juadah sahur istimewa dari penaja utama iaitu Restoran Rumah Thai. Seramai 24 artis ini akan dibahagikan kepada 4 sesi bersahur di mana setiap sesi akan dijalankan di semua cawangan Restoran Rumah Thai.
Tambah istimewa, sesi kedua untuk Yok Sahur ini akan dijalankan di Rumah Nur Salam iaitu Pusat Jagaan Kanak-kanak Nur Salam di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Berikut ialah nama artis mengikut sesi Yok Sahur:Sesi 1 - 12 Sept 2008
Izwan Pilus, Imran Ajmain, AizatAF5, 6ixth Sense, Nadia, Faisal, Alif AF6, Rain
Sesi 2 - 16 Sept 2008
Fazli Zainal, Dafi, Faizal AF4, Noni, Zila, Farhan
Sesi 3 - 19 Sept 2008
Sharifah Zarina, Kamal Adli, Iqram Dinzly, Aimee, Bob, Dina
Sesi 4 - 26 Sept 2008
Nubhan AF6, Nikki, Mila, Shawal, Afiq
Jadi, apa tunggu lagi, sertailah Kuiz Yok Sahur sekarang kerana tarikh tutup penyertaan mengikut sesi. Jangan lupa menyertainya.
Klik di sini untuk menyertai kuiz Yok Sahur.
Kredit Artikel & Foto : www.murai.com.my
Ahad, 7 September 2008
Mr.Agogo @ Camp Rock Preview Screening
Astro Disney Channel.
Makanya....ape lg dgn pantasnyer contact & kumpulkan geng lain yg berminat, dah cukup qouta... pd hari kejadian kami konvoi beramai2 ke GSC Pavilion. Terima kasih pd yang di ajak, & yang mengajak. Tamo cite banyak... layan je la gamba2 yang ader ni k.


---------------------------------------------------------------
By the way, jangan lupa saksikan Tayangan Perdana
Camp Rock Jam 7.3o pm @ Astro Disney Channel
---------------------------------------------------------------
Jumaat, 5 September 2008
Congratulation!!!!
all WINNER, To THE EXCKUSIVE PREVIEW
of CAMP ROCK!!!

Date : 6th September 2008 (Saturday)
Venue : GSC Cinemas, Pavilion Kuala Lumpur
Time : 4.00pm

kredit foto : NSTonline
--------------------------------------------------
Happy Watching!!!
Khamis, 4 September 2008
MARHABAN di ASTRO PLAZA ANGSANA [P2]
GAMBAR2 SEKITAR MARHABAN@ASTRO DI PLAZA ANGSANA, J.B
credit pics MR.MANAGER & TYRA, thank you so much!!!
--------------------------------------------------------


credit pics : Harney@forumation & Tyra, thanks dear!!!
--------------------------------------------------------



" Salam, Hey geng2 agogo.trek nih ada buah tangan dari JB hehehe... terima la yer pic oppa yang tak seberapa nih sbb fam x leh lama. ada commit yang len... hope uols leh la updates pic2 tu sumer sekian.. salam sayang peluk cium dr fan JB..."
--------------------------------------------------------
credit pic: Faisyah [Kebawal @ T.A.G JB] thanks a lot dear (^_^)v
--------------------------------------------------------
Rabu, 3 September 2008
PROMO MACAM-MACAM CINTA @ HOT FM

Membariskan artis-artis terkenal seperti Farah Diana, Shawal, Afiq, Farish Aziz juga penyampai-penyampai HOT FM!
Nina - Farah Diana
Arif – Farish Aziz
Leen - Leya
Yati - Zura
Mail - Shawal
Suzy - Fara Fauzana
Joe - Afiq
Asmah - Tini
Amar, Amir, Amur - Ikhwan
Hani - Anne
Makmah - Tokwan
Ikuti 20 episod RADIOPERA ini…mulai,
Sinopsis:
Nina tinggal di rumah sewa di ibu negara bersama dua orang rakan, Leen dan Yati. Nina juga mempunyai teman karib sekampung iaitu Arif yang sama-sama menuntut di institusi pengajian tinggi. Persahabatan mereka kekal kerana masing-masing menjadi tempat untuk mengadu antara satu sama lain.
Berita mengenai Nina dipaksa mengikat tali pertunangan atas pilihan keluarga meninggalkan banyak kesan kepada semua yang terlibat. Leen yang sentiasa membenci status ibu tiri menganggap ianya satu perbuatan yang sangat kejam. Sebaliknya untuk Arif, sebuah kehidupan yang bahagia akan wujud jika sentiasa menghormati orang tua. Namun di sebalik berita tersebut, Arif mula terasa akan kehilangan Nina. Perasaan sayang kepada Nina yang sebelum ini dianggap sebagai sayang seorang teman menjadi lebih kuat. Tetapi perasaan itu hanya dipendam dan diluahkan kepada teman rapatnya sahaja.
Pada waktu yang sama, watak Mail, seorang playboy yang juga kawan rapat Arif turut memporak porandakan persahabatan antara Leen dan Yati. Namun semuanya berakhir dengan baik apabila Yati hanya mahukan Mail berubah dan perubahan Mail membuatkan dia kembali kepada kekasihnya Suzy. Leen pula masih terus mencari cinta.
Nina akhirnya membuat keputusan untuk menerima nasihat Arif dan pulang ke kampung pada hari raya untuk mengikat tali pertunangan dengan pilihan keluarganya. Nina juga merasakan kehilangan Arif dan perasaan rindunya pada sebuah persahabatan menjadi perasaan rindu pada seseorang. Hanya pada hari raya ketiga ketika rombongan meminang datang, barulah Nina sedar bahawa keluarga yang datang meminang itu adalah keluarga Arif.
Nak tahu kesudahannya ikuti... Macam Macam Cinta di Hot FM.
kredit :www.hotfm.com.my
Selasa, 2 September 2008
Saksikan bintang2 'CAMP ROCK' versi melayu

--------------------------------------------------

kredit foto : NSTonline
--------------------------------------------------