Rabu, 12 Ogos 2009

ISMA 'HOT MAMA' BOWLING TOURNAMENT

Salam...09 08 08 yang lalu, ada dua tournament dijalankan serentak dari 2 FC. Iaitu "Diddy Paintball Tournament" di Sg. Buloh & "Isma Hot Mama Bowling Tournament" di U-Bowl, One Utama. Oleh kerana telah mengikut perancangan dari awal kami telah mendaftar menyertai anjuran Isma FC, insyaAllah jika ada peluang lagi kami akan juin tournament dari Diddy ya. Apapun terima kasih kerana menjemput.

Dua team telah dihantar bagi mewakili Shawal FC pada tournament kali ini. Sesuatu yang amat tidak disangka, salah satu team dari kami telah dianugerahkan sebagai salah satu nama team paling unik "Agogo trek". Alhamdulillah. Selain Isma sebagai tuan rumah antara artis2 lain yang turut serta adalah Zizi, Aisyah, Yazid, Obri, Nadia & Tomok adik Isma yang telah menjuarai OIAM baru-baru ini. Tournament ini telah diacarakan oleh pengacara Murai yang tidak asing lagi iaitu Ajieb dari Murai.com.

Terima kasih kepada semua geng yang menyertai tournament bowling pada kali ini. kalah atau menang bukan utama bagi kami. apa yang penting adalah bagi merapatkan silaturahim antara FC. Apapun, Tahniah kepada semua pemenang!

Tahniah & terima kasih kepada semua crew yang menjayakan event "Isma Hot Mama Bowling Tournament" ini sememangnya event kali ini amat meriah. Moga bertemu kita sekali lagi pada masa akan datang (^_^)v

*mari baca review di sini & sini

2 ulasan:

madjo berkata...

wah sgt meriah...hikss

Suhaila MS berkata...

kan kan kan kan... hijau!
saujana mata memandang (^_^)v