Isnin, 27 April 2009

Hangat-hangat tahi ayam peminat Akademi Fantasia

Bila musim AF bermula saja, semua nak take part. Memberi sumbangan apa yang terdaya.

Antara sumbangan yang dikenalpasti ialah menubuhkan kelab peminat, menulis blog berkaitan artis yg disokong, menghadiri konsert mingguan dan yang paling penting ialah mengundi / sms.

Kak El puji la apa yang disumbangkan ni. Tapi....

Hari ni Kak El nak bercakap tentang hangat-hangat tahi ayam. Apa plak kena mengena hangat-hangat ayam dengan AF nieh?

Disebabkan AF ini mendapat liputan meluas, maka dengan itu...sokongan atau semangat AF ni berkobar-kobarlah di kalangan penonton. Bagus. Tapi setakat masa musim AF je la. Bila dah habis, fc tah kemana...sokongan tah kemana. Antara puncanya, bila konsert AF tamat...tiada lagi liputan harian. Sorry to say la kan. Dari kelab peminat yang ada sekarang ni....boleh kira dengan jari berapa yang betul-betul aktif. Bersawang laman web....cengkerik kat blog pun dah beranak pinak. dah ada cucu cicit dah cengekrik tu.

Kak El siasat la sikit. Siasatan Kal El kali ni lebih kepada selebriti bloggers yang terdiri daripada wartawan, pengurus artis dan orang-orang industri. Dah jadi trend bagi dorang utk participate dalam penubuhan kelab peminat ni. Usaha dorang ni Kak El respek sbb secara dasarnya membantu sebenarnya.

Dengan pengaruh yang dorang ada, ianya amat membantu. Mula-mula dorang tulis artis mana dorang sokong kat blog dorang. Langkah kedua, tarik peminat artis yang dorang sokong tu ke blognya untuk baca blog dorang. Strategi nak menaikkan rating laaaa. Win-Win. Dapat sokongan ngn pengaruh...seterusnya, ada yang nak jadi penasihat atau kelab founder dan kalau ada syarikat pengurusan artis, amik lah artis tu bawah naungannya. Begitulah kitaran hidupnya...hehehe. Tak salah....lengkap kitaran....bagus !!

Tapi yang jadi bahan mengata orang kalau proses ni tak lengkap dan berhenti setakat parking nama sebagai penasihat tetapi kelab peminat tah kemana selepas beberapa ketika. Hanya di atas kertas je la. Tak risau pasal reputasi dorang ke? Hangat2 tahi ayam je. berebut2 nak dapat bila dah dapat...bio je...sampai FC berkubo. Apa kes? Kalau sokong masa musim AF tu , sokonglah all the way. Baru la nampak keikhlasan anda menyokong.

Korang sebagai peminat x sedar ke ? atau xde berani nak menegur sbb dorang ni berpengaruh.? Berpengaruh x bermakna xleh ditegur kan? Bukan semua apa yg dorang buat betul. Jangan la taksub sgt. Dorang ni manusia biasa.

Ada juga yang berani tegur tapi dituduh gila kuasa pulak. Sebab dorang ni berpengaruh, diam je la...malas nak besar-besarkan keadaan. helooooo!! ingat ya peminat tu penting. Sedangkan orang berkuasa, kita boleh gegarkan pengaruh... ni kan pula dorang2 nieh. Dah terbukti dengan senario politik kat Malaysia nieh.

Bila part kritik bukan main la lagi kan? Kritik persembahan la itu la. Pastu kritik pasal transformasi. Dekkkk...dorang pun nak kena transformasi jugak nampaknya. Bila dikritik sentap tapi dorang kritik takpe. Uishhhh itu tidak adil !!!

Yang kelakarnya, ada pulak berlakunya perebutan artis antara mereka ni. Yang ini, nak yang tu...jadi bahan perbualan peminat yang konfius dengan perlakuan perebutan kuasa itew. Kalau tanya kat dorang memang la dorang deny....tapi hakikatnya....ada dorang amik pedulik ke....dorang baca ke blog2 tak femes yang cakap pasal isu tu.

Kalau dulu, apa yang orang industri sogokkan, itulah pilihan peminat yang ado. Tapi sekarang dah lain ya. Apa yang peminat suka lah yang menentukan siapa jadi artis rakaman atau tidak. Contoh Kak El bagi...kumpulan indie....dorang femes dari bawah dan mengangkat dorang ke hiburan mainstream. Dari cyber ke TV. Ya dekk..dari atas ke bawah. Dari istilah politiknya...dari akar umbi...hahahaha. Dalam kes AF nieh, Peminat lah yang naikkan artis dengan undian, pastu barulah berebut syarikat rakaman amik dorang.

Trend akar umbi nieh artis dan penggerak industri kena lah take note. Jangan la kontrol sgt artis. Nak label tahap esklusif sampai menjatuhkan artis tu sendiri. Trend skrg nieh, kalau exclusive tak bertempat...malas peminat nak layan !! tak hairan la kalau peminat mengangkat nabil sebagai artis paling popular kerana keramahan dan betapa sempoinya dia. originaliti dan tak dibuat2.

Berlaku juga kes perebutan kuasa nak jadi Presiden dikalangan FC2 baru nieh. Dekk..setakat nak rapatkan diri ngn artis tu xpayah la susah2 nak jadi presiden bagai. Bila ko bosan je berhenti. Dah banyak jadi dah dekkk!!

Lepas tamat drama AF, sebulan dua...berjalan la kelab peminat tu...tapi lepas tu? SENYAP. Dorang mungkin sebagai perintis, cukup setakat membantu menubuhkan kelab peminat saja dan lain-lain serahkan pada peminat. Bila peminat senyap...maka senyaplah juga perintis kelab peminat tersebut. Pembaca blog bukannya bodo, Kak El sendiri nampak tah kemana apa yang dorang buat. dekkkkk uiii...dah masuk AF7 ni.

Ada juga yang kata artis tu sendiri jugak, tak beri komitmen sepenuhnya bila orang buat kelab peminatnya. Ada jugak yang tak tahu nama Presiden kelab peminatnya sendiri !! Ada kelab peminat tapi buat dekkk jer. Busy dan xluangkan masa langsung.

Kak El ada ler sedara mara yang jenis sokong kelab peminat nieh. Melompat FC je keja dorang ni. Tapi dorang melompat tak jadi isu la kan. Sebab selera berubah dan ini hak dorang. Tapi no excuse la kalo org2 kuat FC yang nak buat camtu...sbb bila ko dah nak jadi AJK bagai...ia satu tanggungjawab dan xleh la buat main2.

Salah ke Kak El cakap apa yang dorang buat ni hangat-hangat tahi ayam?

Btw poster diatas adalah hiasan. Kak El letak jer..bukan bermakna Kak El sokong dorang..hehehe



Nota kaki :

Ade betulnye ape yg ditulis ni kan....

credit to :KAK EL

2 ulasan:

madjo berkata...

setuju...setuju..setuju..

Suhaila MS berkata...

ye la kan betul betul betul [nada upin & ipin]