Selasa, 12 Ogos 2008

Jom Hantar Mesej Kemerdekaan!

Oleh Razif Rosdi
www.murai.com.my

Sempena menyemarakan lagi Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke-51, murai.com.my menjalankan kempen khas iaitu Merdeka Murai 2008. Dalam kempen ini, ahli GengMurai boleh muat naik foto-foto menarik berkaitan lemerdekaan sambil diselitkan dengan ucapan bercorak patriotik.

Apa yang menarik, kempen istimewa ini turut disertai selebriti popular seperti Dafi, Mila, Toi, Burn, Cham, Shawal, Nadia, Saida dan ramai lagi. Selain melihat foto mereka, anda juga boleh membaca sendiri ucapan menarik artis-artis ini berkaitan erti kemerdekaan.

Tambah istimewa, selain membaca anda juga boleh mengundi setiap foto peserta untuk memenangi hadiah melalui beberapa kategori yang disediakan.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Antara hadiah dan kategori yang disediakan ialah:

# Foto Paling Hits (popular)
Peserta yang gambarnya paling hits (paling banyak dilihat) akan menerima...

6 pemenang
1 x RM100 Baucer Buka Puasa Dari Restoran Lemon
5 x RM30 Baucer Buka Puasa Dari Restoran Lemon


# Peserta Paling Sosial (aktif)
Peserta yang menghantar paling banyak mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.

6 pemenang
1 x RM100 Baucer Buka Puasa Dari Restoran Lemon
5 x RM30 Baucer Buka Puasa Dari Restoran Lemon

# Foto Paling Patriotik
Setiap gambar yang dihantar akan dihakimi oleh editor Murai

1 pemenang
1 x RM100 Baucer Buka Puasa Dari Restoran Lemon
Barangan ekslusif yang ditandatangani artis popular

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi apa tunggu lagi, hantarlah foto dan ucapan merdeka anda dalam pertandingan ini sekarang.

Klik di sini untuk menyertainya Merdeka Murai 2008

kredit pic & artikel : www.murai.com.my

2 ulasan:

madjo berkata...

jom anto..








[mcm rajin sgt..ekeke]

atie berkata...

jom amik gmbr kat tugu negara jom
ekekekek