Sabtu, 19 September 2009

Program Amal Limpahan Kasih (Video Clip)

Selingan sementara menunggu waktu berbuka puasa dari Shawal & beberapa orang anak2 Nurkasih Ramadhan serta Nasyid dari wakil Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK).

Shawal & anak-anak Nurkasih sempat menyampaikan medley lagu-lagu raya Selamat Hari Raya, Balik Kampung & Suasana Hari Raya ketika Program Amal Nurkasih Ramadhan dijalankan pada 13 September 2009 di Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong







Selasa, 15 September 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri 1430H

Selamat Hari Raya AidilFitri 1430H
Maaf Zahir & Batin
Hati-hati bila pulang ke kampung halaman. Semoga Syawal ini memberi kegembiraan kepada kita semua...InsyaAllah.
ikhlas dari... Shawal

Isnin, 14 September 2009

Program Amal Nur Kasih Ramadhan

Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulilah selesai sudah Program Amal Nur Kasih Ramadhan bersama anak2 dari Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong pada 13 Sept yang lalu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah sudi memberi sumbangan tak kira la dalam bentuk wang ringgit, barang keperluan, pakaian dan sebagainya.

Terima kasih kepada Puan Raba'ah selaku Penaung RALK yang sudi menerima kunjungan kami. Mudah-mudahan dengan izin Allah, dapat lagi kita bersua di masa-masa akan datang. Dan jutaan terima kasih juga kepada penaja-penaja dan penganjur Program Amal Nur Kasih Ramadhan

---------------------------------------------------------------------------------
ATZ Engineering
Global Cool Enterprise

Team Ketupat Bawang (TKB)
Shawal Fan Club
---------------------------------------------------------------------------------
dan juga tidak lupa, terima kasiih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dlm menjayakan program ini. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas segalanya...

WASALAM...


***Jumlah keseluruhan sumbangan bg Program Amal Nurkasih Ramadhan : RM5,920.00.
Sumbangan telah selamat diserahkan kepada Puan Raba'ah dlm bentuk Cheque + Wang Tunai, & selebihnya diserahkan dalam bentuk barang keperluan harian + alat2 tulis. TERIMA KASIH kepada semua penyumbang, alhamdulillah. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t yang mampu membalas segala jasa baik kalian (^_^)v

lagi gambar : klik sini
klik sini juga : preparation & the making of

Jumaat, 11 September 2009

Atucara Majlis Program Amal Nurkasih Ramadhan


Tempat : Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong
Tarikh : 13 September 2009 |Masa : 5.00 pm

JUMPA ANDA DI SANA!
jangan lupa print peta untuk mengelakkan dari tersalah jalan (^_^)v

Selasa, 1 September 2009

Majlis Berbuka Puasa & Derma Amal

Tempat : Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong
Tarikh : 13 September 2009
Masa : 5.00 pm
Bayaran : RM20 sahaja
Sumbangan : Wang Ringgit | Pakaian | Barang makanan keperluan harian
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila bank in ke acc no. 1601001 1012525 (CIMB-Nurfazlyna). Bagi yang ingin menyumbang dalam bentuk barang-barang mahupun pakaian sila hubungi 019 3285 071(Lyn)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menu Berbuka Puasa:

Nasi Putih
Daging Salai Masak Cili Api
Ikan Bawal Sweet Sour
Ayam Goreng Berempah
Hati Lembu Masak Kicap
Pajeri Nenas
Sayur Campur
Buah Tembikai
Set Cucur Udang
Bubur Kacang Hijau+Durian
Kopi O Panas
Air Punch
Kurma

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Antara objektif program ini ialah :
Melancarkan kutipan derma atau sumbangan dalam usaha memberi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Mewujudkan konsep masyarakat yang penyayang. Merapatkan hubungan silaturahim antara Badan Korporat, Fan Club & Anak-anak Yatim

w w w . r u m a h a m a l l i m p a h a n k a s i h . c o m
anjuran: Atz Engineering, Global Cool Enterprise, TKB fotopages dengan kerjasama Shawal FC
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
klik sini juga: TKB Fotopages & blog rumah amal