Jumaat, 30 Januari 2009

Temui Shawal @ Ujibakat AF7, SABAH !

BERITA BAIK UNTUK PEMINAT MR.AGOGO di SABAH!

Temui MR. AGOGO & rakan-rakan di:
Sabah 1Borneo South Atrium, Kota Kinabalu, Sabah
Pada:
31 Jan & 1 Feb
---------------------------------------------------------------------------------------------
Selain mengadakan persembahan istimewa, kehadiran beliau & rakan-rakan ke tanah borneo juga adalah bagi memberi sokongan kepada bakal-bakal pelajar AF7.
---------------------------------------------------------------------------------------------
SILALAH DATANG BERAMAI-RAMAI!!!!

sumber grafik : astro.com.my

Isnin, 12 Januari 2009

UCAPAN SHAWAL @ MURAI, PWTC

Ucapan SHAWAL untuk peminat-peminat yang sempat di rakamkan semalam ( 11 Januari 2009 - Ahad) ketika YOUTH'09 di COMMUNITY GATHERING MURAI

Murai@youth09 with Mr.Agogo

Assalamualaikum... lokasi trek kali ini adalah di PWTC sempena YOUTH09. Mr Agogo telah terlibat dalam Gatherings Murai. Mr.Agogo terlibat dalam membuat persembahan nyanyian & Catwalk dalam pertandingan yang disertai oleh beberapa geng murai yang terpilih.

Pada sebelah pagi, Mr.Agogo telah mempersembahkan dua buah lagu. Kaulah Segalanya & Kenanganku. Pada sebelah petang pula Catwalk bersama Geng Murai terpilih. Shawal telah dinobatkan sebagai Naib Johan dalam pertandingan Catwalk tersebut. Manakala Johan disandang oleh Ebi. Masing-masing telah membawa pulang hamper sumbangan Ribena. Oh ya... selain Shawal... Dafi, Ebi, Noni, Adam & Nora juga turut serta dalam acara pada kali ini.

Rabu, 7 Januari 2009

Jadi Model, Karaoke Dengan Artis! - Murai@Youth'09

KUALA LUMPUR, 6 JAN 2009: Memulakan lembaran baru 2009, portal hiburan Melayu No. 1, murai.com.my mengorak langkah lebih jauh lagi dengan menyertai aacara Youth'09 yang akan berlangsung bermula Jumaat ini, 9 Januari sehingga Ahad, 11 Januari 2009.
Antaranya, murai.com.my menganjurkan pelbagai aktiviti menarik dengan melibatkan beberapa artis popular tanahair.

Sesungguhnya, program ini memberikan peluang peminat untuk lebih dekat dengan artis kesayangan mereka dengan menyertai sesi karaoke bersama selebriti. Selain berkaraoke, GengMurai yang berminat untuk bergelar model juga boleh menyertai pertunjukan fesyen Murai.

Bagi sesi karaoke, penyanyi lagu Benar-Benar Cinta, Adam akan turun padang untuk berjumpa dengan peminatnya selain beramah mesra dengan berkaraoke bersama. Pada sesi itu nanti, peminat boleh pilih apa jua lagu untuk menyanyi bersama Adam.

Selain penyanyi kacak ini, pendatang baru dari Suria Records (SRC), Indah Ruhaila juga akan bersama peminat untuk mempromosikan album sulungnya. Difahamkan, Indah seorang yang serba boleh menyanyi apa jua jenis lagu. Jadi pada hari itu nanti, peminat boleh berduet dengan Indah menerusi lagu pelbagai genre.

Untuk pertunjukkan fesyen pula, ramai artis dari Akademi Fantasia (AF) akan menunjuk bakat menjadi model catwalk bersama dengan GengMurai yang terpilih. Antara artis yang akan menjadi model ialah Dafi, Shawal, Ebi AF5, Adam, Nora dan Noni.

Mereka akan bergandingan bersama GengMurai yang terpilih untuk memperagakan baju rekaan pereka fesyen popular, Micheal Shu. Jadi, bagi mereka yang berminat untuk menyertainya, mereka perlulah menghantarkan foto menarik berserta butir peribadi kepada webmaster@murai.com.my.

Sebelum menjadi model, kesemua artis ini terlebih dulu akan mendendangkan sebuah lagu. Apapun, sesiapa yang ingin menyertai kesemua aktiviti ini, mereka perlulah muat turun VVIP pas di WAP Murai dengan taip MURAI dan hantar ke 32888. Mereka yang mempunyai pas ini saja boleh memasuki ke dewan acara ini berlangsung.

Bagaimanapun, pada hari pertama program ini dijalankan iaitu Jumaat bersamaan 9 Januari 2009, murai.com.my akan mengadakan hari terbuka di mana semua artis di Malaysia termasuklah penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio, pelawak dijemput hadir untuk mendaftar dan mengemas kini profil masing-masing dalam ruangan Seleb A-Z di portal ini.

Langkah ini diambil bagi menambahkan lagi info kerana ruangan ini sudah menjadi rujukan segelintir peminat hiburan untuk mengetahui fakta mengenai artis kesayangan mereka.

-----------------------------------------------------------------------
Berikut adalah info lengkap mengenai MURAI@YOUTH'09.

Jumaat (9 Januari 2009)
Hari Terbuka MuraiMasa: 3 petang - 7 malam
Artis: Dafi, Adam, Hafiz Hamidun, Aiman, Farawahida, artis SRC, Universal Music & ramai lagi.

Sabtu (10 Januari 2009)
Karaoke Bersama SelebritiMasa: 7.30 malam - 9 malam
Artis: Adam, Indah Ruhaila, New Boyz & Ajieb

Ahad (11 Januari)
Showcase (10 pagi - 12 tengah hari)
Pertunjukan fesyen Murai Masa: 3 petang - 4 petang)
Artis: Adam, Dafi, Shawal, Ebi, Noni, Nora

-----------------------------------------------------------------------

Ingin tahu lebih lagi, anda boleh ke segmen Vaniti dan klik Murai@Youth'09.

kredit artikel & foto : murai.com.my

Sabtu, 3 Januari 2009

Undi SHAWAL untuk calon finalis Pelakon TV Lelaki Popular!


Anugerah hiburan berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08) bakal melalui pencalonan awal apabila borang undian mula diedarkan setiap hari dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu selama 6 minggu bermula 29 Disember ini hingga 8 Februari 2009.

Dapatkan naskah Berita Harian dan Berita Minggu anda sekarang!!!
source banner design : www.bharian.com.my

Khamis, 1 Januari 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Shawal ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua. Semoga tahun baru ini memberi semangat dan harapan baru dalam diri kita. Ribuan terima kasih kerana masih berada di belakang Shawal. Mr. Agogo akan sentiasa bersemangat atas sokongan dan kerjasama kamu semua.

Thank You So Much, LOVE You All!

.....Shawal