Jumaat, 26 Ogos 2011

UCAPAN SALAM AIDILFITRI DARI SHAWAL



Ucapan Raya Shawal Ruslan untuk sahabat2 FB dan peminat-peminat beliau. Jangan lupa saksikan filem KARIPAP KARIPAP CINTA lakonan pertama SHAWAL di layar perak yang bakal menemui penonton Aidilfitri ini (^_^)

PREVIEW FILEM KARIPAP KARIPAP CINTA


Pada 10 Ogos yang lalu, bertempat di Catchy The Curve Damansara telah berlangsung majlis preview filem Karipap Karipap Cinta yang bakal ditayangkan di pawagam pada Aidilfitri nanti.

Filem arahan Othman Hafsham ini telah membariskan pelakon-pelakon popular seperti Gambit Saifullah, Eman Manan, SHAWAL RUSLAN dan ramai lagi. Filem ini juga merupakan percubaan pertama SHAWAL di layar perak. So pada peminat-peminat setia SHAWAL, jangan lupa saksikan filem KKC ini dipawagan (tak yah la tunggu ASTRO FIRST..apa salahnya kita terjah pawagam sebagai tanda kita menghargai filem kita ye tak??)

Ok ini antara gambar yang sempat geng TAG snap ketika berpeluang untuk menyaksikan preview filem ini kelmarin.



For more info boleh layari fanpage KARIPAP KARIPAP CINTA

** Credit picture : TAG EYLA
* Laporan oleh : TAG SERI

Khamis, 11 Ogos 2011

PROMOSI FILEM KARIPAP KARIPAP CINTA

Sedikit info mengenai filem KARIPAP-KARIPAP CINTA:
Filem arahan Othman Hafsham ini diadaptasi dari sebuah novel cinta remaja yang paling laris dan popular iaitu Karipap-Karipap Cinta.

Lakonan mantap Gambit Saifullah, Melia Amelia, Eman Manan, SHAWAL dan ramai lagi ini merupakan sebuah filem komedi ringan yang sangat menarik untuk di tonton

Nantikan kemunculan pertama SHAWAL dilayar perak pada Hari Raya Pertama 2011 di pawagam berhampiran.

Sila like page KARIPAP KARIPAP CINTA