Selasa, 7 Jun 2011

Konsert Kenangan AFNIL


Belum sempat 4 finalis melangkah keluar dari Akademi Fantasia, sudah banyak undangan daripada pelbagai pihak. Apatah lagi apabila sudah bergelar bintang, sudah pasti lagi banyak undangan dan jemputan dari pelbagai pihak diterima seperti yang pernah dilalui oleh bintang Akademi Fantasia dari musim pertama hingga lah kelapan. Namun, ada satu undangan yang tidak mungkin dilepaskan oleh 4 finalis Akademi Fantasia 9 iaitu Konsert Kenangan AFNIL Rindu Serindu Rindunya.

Jika anda penonton setia Astro Ria saluran 104, anda pasti menyaksikan Kenangan AFNIL yang bersiaran pada jam 8.30 malam setiap Sabtu. Oleh itu, bagi mengimbau kembali kenangan pelajar-pelajar Akademi Fantasia dari musim pertama hingga kesembilan, Kenangan AFNIL telah mengadakan Konsert Kenangan AFNIL Rindu Serindu Rindunya dengan menjemput pelajar Akademi Fantasia dari musim pertama hingga kesembilan untuk membuat persembahan. Finalis Akademi Fantasia musim terakhir tidak terkecuali.

Ini merupakan konsert pertama selain konsert mingguan yang dilakukan oleh pelajar Akademi Fantasia ketika berada di Akademi Fantasia. Saksikan finalis Akademi Fantasia membuat persembahan di Konsert Kenangan AFNIL Rindu Serindu Rindunya. Jangan lupa saksikan Diari Akademi Fantasia 9, malam ini, 9 malam, eksklusif di Astro Ria.

Paparan undian di Butang R dan di laman web tidak akan disiarkan mulai hari ini. Teruskan mengundi calon Juara Akademi Fantasia 9 sekarang! Taip AFUNDI dan hantar ke 32999. Undian pukal AFUNDI<3/5/10/20> juga hantarkan ke 32999.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi yang pertama menonton KLIP KLIP AF9 menampilkan Muzik Video terbaru dari AZRI, HAZAMA, ERUL, LENA, NERA dan FINA! Pada hari Ahad, jam 11.30 malam, eksklusif di Astro Ria (saluran 104)


[sumber dari ASTRO.COM.MY]

Tiada ulasan: