Selasa, 31 Mac 2009

SHAWAL @ ASTRO CERIA

Salam kawan-kawan.. ni ade beberapa keping gambar our big bosh @ Astro Ceria di Bukit Kiara pada 29 Mac 2009 (Ahad) yang lalu...

** Thanks kat big bos bagi gambar ni from FB dia. And thanks kat fans yang tagged bosh kat FB.. tq... tq.. tq... so much!


** sumber dari : ZONEDESIGN (klik sini untuk gambar2 lain)
---------------------------------------------------------

Nota wajib:
SHAWAL kirim salam kat semua dan say THANKS pada yang datang ke Bukit Kiara Ahad lepas. And thanks juga pada yang mengirimkan gambar-gambar ini... THANK YOU SO MUCH!!!
AGOGO!!!


Selasa, 24 Mac 2009

JOM BERSUKA RIA!


29 March 2009
Bukit Kiara Equestrian Club
8.00am-1.00pm

Suka mereka pakaian? Inilah peluang anda untuk menonjolkan bakat kreatif anda, Ibu bapa juga boleht turut serta dalam perarakan beragam bersama keluarga masing-masing dalam kategori keluarga! Cepat! inilah masanya untuk seisi keluarga mononjolkan bakat-bakat mereka. Marilah bersama kami dalam kanrival yang penuh bertenaga ini yang akan diadakan bagi meraikan pemenang-pemenang perarakan beragam dan acara paspot dan juga anda, penonton setia kami.

Kami menyediakan hadiah-hadiah hebat untuk dimenangi di karnival seperti Sony Playsation 3, Sebuah “micro laptop” dan banyak lagi. Anda akan dapat bersama selebriti Astro seperti Zoey, Mat Kacau, the cast of Hikayat Putera Shazlan, Kapten Boleh, and Shawal. Anda juga pasti akan teruja dengan persembahan dari artis-artis Akademi Fantasia kegemaran anda seperti Farah, Zahid, Mila dan ramai lagi!

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!

Maklumat lanjut sila klik Astro Sukan Ceria

FUTSAL DaVOM 09

Photobucket

* juin yuk!!!

Ahad, 22 Mac 2009

Shawal FC @ Santai Tangkis Saida FC

TAHNIAH pada team Beregu Lelaki & Beregu Campuran SHAWAL FC yang berjaya menyandang gelaran JUARA! Manakala bagi kategori Beregu Wanita pula pasukan Saida FC telah merangkul gelaran Juara. Tahniah diucapkan!

PASANGAN BEREGU LELAKI
(Juara Straight Set)

Camarz

Aiman

PASANGAN BEREGU PEREMPUAN
(Tahniah 2 kali menang... Ok La tu!)

Farra

Hanum
Dyana (injured)

PASANGAN BEREGU CAMPURAN
(Juara Straight Set)

Ally
Man J

Selain Shawal FC yang menyertai tournament ini BEREH, LOOK juga turut serta menghantar wakil2 mereka.

Niway... kagum dengan semangat player2 & penyokong2 yang sudi turun padang tuk bg sokongan. Walaupun beberapa kali sesat cari jalan yang benar ke The Chalengger ni hhhhehe. Sangat gigih ok... sampai ade pemaian yang injured ni. Kesian Dyana (member eyla)... take care sis. nanti kita suh big bosh banjer makan yer... heheheh.


Kepada Saida FC... thanks kerana sudi menjemput geng2 Shawal FC kali ni...hope next time jumpa lagi yer.

BTW... BIG BOSH KIM SLM KAT SEMUA

Rabu, 18 Mac 2009

Santai Tangkis Inter FC - Saida FC


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Untuk makluman semua...Shawal FC akan menghantar wakil bagi ketiga-tiga kategori dalam tournament ini. Berikut adalah senarai nama pemain yang akan berentap mewakil Shawal FC

------------------------------------------------------------------------------------------
PASANGAN BEREGU LELAKI
• Camarz •
• Aiman •
PASANGAN BEREGU WANITA
• Dyana •
• Hanum •
PASANGAN BEREGU CAMPURAN
• Farra •
• Kingmarul •
------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada semua, diharapkan boleh datang beramai-ramai bagi memeriahkan majlis & sekaligus memberi sokongan pada team Shawal FC . Kehadiran anda sekalian amatlah dihargai.

---
Warna tema tuk team : Hitam atau PUTIH

• Jika ada : Sila pakai
Tee FC bewarna Hitam atau PUTIH
• Jika tiada : Boleh pakai Sebarang Tee yang bewarna demikan
Harap Maklum.

---

www.saida-fc.com

SHAWAL @ JULIA JULI EPISOD 9




Sumber dari : http://www.tv9.com.my

Khamis, 5 Mac 2009

SHAWAL @ SLOT LAGENDA


Jangan ketinggalan saksikan SHAWAL di
SLOT LAGENDA : JULIA-JULI

Waktu Siaran: Isnin - Khamis
TV 3 : 4.30 Petang
TV 9 : 8.35 Malam

** Saksikan secara online di WEB TV9


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sinopsis:
Julia Juli yang diterbitkan oleh Tenview Sdn Bhd. ini diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi iaitu Adam Hamid dan sudah menemui penonton mulai 3 Mac lalu. Siri 20 episod ini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang. Drama komedi romantik ini membariskan pelakon handalan tanah air seperti Dynas, Nik Safiyah, Zed Zaidi, Danny, Abby Abadi, Rahim Jelani, Shawal AF, Aqasha dan Imuda. Apa yang menarik drama ini turut mengetengahkan penyanyi popular Misha Omar.

Julia Juli adalah adaptasi dari sebuah cerita mitos bertajuk Jula Juli Bintang Tiga. Ia diolah semula menjadi drama bersiri sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Drama ini memberi tumpuan kepada tiga beradik yang berasal dari dunia kayangan iaitu Jula, Juli dan Julu. Juli, kakak sulung taksub terhadap fesyen. Satu hari, setelah mengetahui dirinya akan dikahwinkan dengan Putera Adika yang tidak disukai, dia lari turun ke bumi dan terjumpa dengan Arif, seorang lelaki kaya. Arif yang terpikat dengan kecantikan Juli telah mencuri kalung identitinya dari dunia kayangan yang menyebabkan Juli lupa akan asal usulnya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*sumber grafik : diolah dari TV3 & sinopsis : Berita Harian

JEMPUTAN PERLAWANAN PERSAHABATAN ANJURAN SAIDA FC


Ingin menjemput 6 org peserta dari SHAWAL FC untuk menyertai perlawanan persahabatan ini.

Pada: 21 March 2009
Jam: 1.00pm-6.00pm
The Challenger, Taman Connought, Cheras

---------------------------------------------------------------------------------------------
Syarat & Peraturan:
---------------------------------------------------------------------------------------------

Penyertaan terbuka kepada ahli Kelab Peminat yang dijemput sahaja

Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada :
• 1 Pasangan Beregu Lelaki
1 Pasangan Beregu Wanita
1 Pasangan Beregu Campuran

Perlawanan adalah dalam format liga.
Kiraan mata berdasarkan ’Best of 30’.
Pemain hendaklah membawa raket badminton sendiri.
Yuran penyertaan RM60 bagi setiap pasukan.

Dibayar kepada akaun Maybank 162142982233 (Nurmahizan Mokhtar) sebelum tarikh tutup penyertaan.
Penyertaan boleh diemelkan kepada azian@saida-fc.com
Tarikh tutup penyertaan : 8 Mac 2009.


Maklumat lanjut boleh hubungi 017-7103130 (KAI) atau 019-3043462 (IZANMOHD)

---------------------------------------------------------------------------------------------
www.saida-fc.com
---------------------------------------------------------------------------------------------

*antara pasukan yang hadir ialah DAVOM, BEREH & SAIDA FC.