Rabu, 25 Februari 2009

Meeting @ Markas for XTVT 2009

22hb lalu kami T.A.G & Shawal FC telah sama-sama mengadakan meeting bagi membincangkan aktiviti untuk tahun 2009. Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar. Perbincangan ini telah diadakan di Restoran Kampung Pandan. Terima kasih kepada semua yang hadir!

credit some photo captured by Tira (thanks dear)

Rabu, 11 Februari 2009

MR.AGOGO @ SABAH


KUALA LUMPUR, 10 FEB 2009: Bukan semua bintang-bintang Akademi Fantasia (AF) diberi peluang memasuki bilik uji bakat AF musim ke 7 (AF7) seperti yang diadakan di pusat beli-belah 1 Borneo, di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Mila dan rakan-rakannya, Ebi, Nadia, Nubhan, Riz dan Shawal, cukup bertuah kerana selain berpeluang menghiburkan peminat Sabah menerusi mini konsert selama 3 hari uji bakat itu berlangsung, malah diberi peluang keemasan memasuki bilik uji bakat program realiti paling popular itu.

Tidak berkelip mata Mila apabila dapat melihat sendiri mutu persembahan salah seorang peserta dari Sabah.

"Apabila diberi peluang seperti ini, ia mengimbau kembali ingatan Mila ketika diuji bakat dulu. Mila tahu sangat bagaimana perasaan mereka yang berada di dalam bilik uji bakat.

"Cara ini sebenarnya memberikan satu motivasi kepada diri kita," katanya ketika ditanya portal hiburan murai.com.my.

Mila berkata, masih lagi terbayang di matanya akan kepayahan menghadiri uji bakat AF5 yang sememangnya memerlukan kesabaran dan komitmen sepenuhnya untuk melepasi tangga terakhir tapisan.

Kata Mila, dia pernah menghadiri uji bakat sebanyak 2 kali ketika AF4, bagaimanapun hanya mampu membolosi kelompok 20 teratas ketika itu. Sudah tentu terpancar perasaan kecewa.

Namun, dia tidak mudah patah semangat. Meskipun masih lagi penat pulang bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab di Pulau Pinang, dia tetap menggagahkan diri ke uji bakat itu sehingga layak bergelar juara AF5.

"Mila nampak, tahun ini ada 4 peringkat yang perlu peserta lalui. Ia berbeza ketika zaman uji bakat Mila. Dulu tak ada tapisan pertama. Mungkin kali ini AF lebih terperinci dalam usaha mereka mencari kualiti dan bakat terbaik.

"AF juga sebenarnya mencari seseorang yang boleh menyanyi, mempunyai personaliti dan berpotensi untuk diperbaiki. Tapi apa yang boleh saya katakan, uji bakat AF7 lebih sukar atau mencabar," katanya.

Apabila ditanya, apakah yang mahu diperbaiki masa uji bakat boleh diputarkan semula. "Tarian dan cara saya yang bercakap terlalu laju," kata Mila.

Credit to murai.com.my

Isnin, 9 Februari 2009

Shawal FC @ BERIADAH SAMBIL BERAMAL-DaVOM

Assalamualaikum.... 8 Feb 2009 yang lalu, Trek Agogo Geng telah bersama2 Shawal FC menghantar wakil dalam mengikuti program BERIADAH SAMBIL BERAMAL yang dianjurkan oleh DaVOM bagi membantu saudara-saudara kita di GAZA.

Antara FC yang turut terlibat pada 8 Feb tempoh hari adalah Stacy FC, Saida FC, Tasya FC, Riz FC, & Toi FC. Selain Mila sebagai tuan rumah antara artis yang sudi turun padang bersama bagi memeriahkan majlis adalah Nurfatima & Diddy. Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar, mengikut sumber kutipan pada hari berkenaan mencecah 2K+ tahniah DaVOM!

sedikit laporan dari Syasya yg mewakil Shawal FC:

"salam...hye sis eyla n T.A.G...kat sini sy nak cite skit pasal xtvt kt sg pangsun ari tue.. mula2 kitorg kene kenalkan diri mewakili fc masing2...mula da vom kenalkan ajk dorg aritue...then tiba2 beckhem sebut 'jemput wakil utk shawal fc' sy pun tgk2 la sape2 yg nak kene ckp...skali beck ngan presiden da vom pandang sy...la...sy ker yg nak kene ckp....sy pun blasah jer la....sy ckp sy mewakili shawal fc n kak eyla...sy ckp akak kene balik awal sebab ade hal...ade kenduri...hahaha...main belasah jer...pastu team fc yg lain plak kenalkan ahli masing...

pastu kitorg di bahagikan 4 kump...1kump dlm 8-9 org....campur2...mula kene
bg name group...
1.errmmm
2.ade aku kesah
3.hoo yee hoo yee
4.ape2 aje...

1st game, main ukur paling panjang...baring la kitorg ni atas rumput
2nd game bola beracun
3rd game main keretapi....keretapi mana yg smpi garis penamat dulu lah pemenang nyer...

seronok sgt...tp klu kak eyla n yg lain ade...mesti lg happening...pas abih game, mila ade nyanyi...denda sbb dia dtg lambat...lepas dia nyanyi...dia kutip duit (gune topi dia ala2 penyanyi jalanan) kat sume yg ade...pastu duit tu dia masukkan kat dalam tabung GAZA tue...dah masukkan duit dlm tue...dgn tabung tue skali dia bawak pusing kat area sungai...abis
sepanjang sungai tue dia kutip...mase nie la kitorg amik peluang mandi manda sepuas-puas nyer......

sblm balik....diorg umum sape pemenang utk game yg kitorg main...
1st ade aku kesah

2nd hoo yee hoo yee
3rd ape2 aje
4th errmmm

pastu president Da Vom panggil sume wakil fc yg ade utk kire duit yg dapat
dikumpul....alhamdulillah.byk gak jumlah nyer.... RM2134.60++ pastu....kitorg pun balik....dlm kul 5 camtu..."

Terima kasih kepada pihak DaVOM kerana menganjurkan majlis amal sebegini serta sudi menjemput kami ya.

kredit foto : Me, Abg Bad (DD's Manager), Chepah, Syasya & Shahida (Shawal FC) tq so much!
lagi foto & cerita :
nurt , eleza , k.A
, stacyfrenz & diddy

Ahad, 8 Februari 2009

PotLuck with ShaNoans

Trek Agogo Geng (T.A.G) telah bersama2 berkumpul di rumah Kak Ros (shanoans) bagi majlis Pot Luck kecil-kecilan. Gathering kecilan ini bagi bertujuan untuk merapatkan silaturahim di antara T.A.G, Shawal FC & ShaNo FC. Kejutan bagi kami adalah apabila Nonny, Toi & Naim sudi meluangkan masa bersama kami. Terima kasih diucapkan.

lagi pics : Nonny

Jumaat, 6 Februari 2009

BERIADAH SAMBIL BERAMAL-DaVOM

Photobucket

Marilah kita beriadah disamping beramal untuk tabung mangsa Gaza. Semua ahli kelab-kelabpeminat, khususnya kelab peminat dari Akademi Fantasia dialu-alukanuntuk menyertai aktiviti riadah dan amal ini.

Tempat: Pangsun, Ulu Langat

Tarikh: 8 Febuari 2009

Masa: 10 pagi sampai 4 petang

Kutipan: RM10 seorang untuk bayaran banner, sewa pondok dan bbq.

Konsep aktiviti ini adalah santai. Di samping bayaran RM10 seorang, peserta adalah digalakkan membawa makanan lain (ala potluck) untuk di kongsi sesama kita. Selain kita berkelah sambil mandi manda, tabung derma mangsa GAZA akan di edarkan. Disamping kita bergembira dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim,kita juga dapat sedikit sebanyak menyumbang dan menghulurkan bantuansemampu kita, insyaAllah.

Untuk keterangan lanjut tentang penyertaan, sila hubungi:

1. Issey - 019 - 494 - 4748
2. Intan Beckham - 012 - 869 - 9003

----------------------------------------------------------------------------------------------------
MARILAH BERSAMA-SAMA MEMERIAHKANNYA!!!!
----------------------------------------------------------------------------------------------------
sumber : eleza737.blogspot.com

Ahad, 1 Februari 2009

Mr.Agogo @ Ujibakat AF7, One Borneo Sabah

Gambar-gambar Mr.Agogo sekitar Ujibakat AF7 One Borneo South Atrium, Kota Kinabalu, Sabah.

kredit foto : fiellyssa.blogspot.com , nucy_loves part1 part2 & Ciput69@SabunCari.com.my tq so much!!!