Isnin, 29 Disember 2008

PERTANDINGAN BOLING KUMPULKAN KELAB PEMINAT - AKHBAR SINAR HARIAN

credit to britney (shanoans cari.com)

Shawal FC Bowling Tournament [BIG DAY]

25hb Dis 2008, Hari yang di nanti menjelang tiba. Seawal 8.30am sejurus selepas check out dari Summit Hotel, Crew Tourney bergegas bersiap sedia untuk beberapa persediaan terakhir.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari ayahanda tuan umah En. Ruslan Kasim. Diikuti dengan ucapan alu2an dr tuan umah Shawal Ruslan, serta Balingan Mula bagi menyempurnakan perasmian "SHAWAL FC BOWLING TOURNAMENT"
(ikuti cerita bergambar di bawah---->)























Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t selesai sudah majlis kami. Terima kasih atas sokongan anda yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis kami. Tidak ketinggalan kepada semua penaja2 kami secara langsung mahupun secara tidak langsung. RIBUAN TERIMA KASIH diucapkan. Dikesempatan ini juga kami menyusun 10 jari di atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Jumpa lagi di tahun hadapan... insyaAllah (^_^)v

lagi gambar sila klik sini
kredit foto #1 k.julia shanoans cari.com tq so much!

Shawal FC Bowling Tournament [PREP]

Salam... sejak 24hb Dis 2008, Crew Bowling Tourney bergigih2 berkampung di Summit USJ, bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar, thanks guys!!!
(layan je pic k.... ala2 cerita bergambar)








Ahad, 28 Disember 2008

Terima kasih semua.. AGOGO!


Bismillahhirahmanirahim... Alhamdulilah.. akhirnya perancangan SHAWAL FC untuk mengadakan Bowling Tournament telah selamat berjalan dengan lancar pada 25 Disember 2008 yang lalu bertempat di Summit USJ, Subang.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada penaja-penaja utama kami seperti MURAI, Sinar Harian, Tourism Malaysia, CCM, Maggi, BHP Petrol, BodyShop dan TM yang sudi memberi sumbangan kepada kami demi memastikan segalanya berjalan lancar.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada individu-individu yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung sepanjang menguruskan bowling tournament pertama anjuran SHAWAL FC.

Jutaan maaf kami pohonkan sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau pun ketidaksempurnaan sepanjang kami menguruskan tournament ini.

Pantang Mundur, Jalan Terus... AGOGO!

Selasa, 16 Disember 2008

UCAPAN SHAWAL



Ucapan dari Shawal a.k.a MR AGOGO
sempena
BOWLING TOURNAMENT SHAWAL FC
yang akan berlangsung pada
25 DISEMBER 2008

JUMPA ANDA DI SANA!!!!!!!!!!!!!!!!!
LET'S BOWL WITH MR AGOGO!!!!

Jumaat, 12 Disember 2008

Mr Agogo @ Lord's Tailor Opening Launch

Mr.Agogo (belakang) bersama rakan artis
di Lord's Tailor Opening Launch @ Bangsar Shopping Centre
kredit foto : irwandy terima kasih

Jumaat, 5 Disember 2008

Rezeki Shawal datang mencurah ~ Harian Metro

REZEKI dalam bidang lakonan tidak pernah putus buat bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Mohd Shawal Ruslan atau Shawal, 24.

Bermula dengan siri Pria yang disiarkan di Astro. Lakonan pemuda tinggi lampai ini sebagai pelakon utama dapat disaksikan peminat menerusi telefilem komedi berjudul Din @ Dina, terbitan JD Productions.

Malah selepas berjaya membuktikan bakat lakonannya Shawal mula terbabit dalam pengacara. Selepas satu demi satu tugas mengacara ditawarkan kepadanya, bermula untuk program hiburan raya, dia mengendalikan pula program Azam Syawal dan Lebaran Di Alaf Baru disiarkan RTM.

Shawal digandingkan dengan pelakon, Ozlynn Waty Ismail untuk program majalah buah-buahan, Rahsia Yang Tersembunyi terbitan A Aida Production Sdn Bhd.

Bagi Shawal yang terkenal dengan tagline A Go Go ketika penampilan di AF5, nyanyian masih menjadi keutamaannya begitupun sebagai artis dia mahu mempamerkan bakat seni yang ada ketika diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya.

"Ada yang bertanya sama ada saya sudah tidak berminat menyanyi. Sebenarnya nyanyian masih menjadi keutamaan. Lakonan dan pengacara sebagai batu loncatan untuk mengembangkan bakat seninya. Ketika ini mungkin rezeki saya pada lakonan dan pengacara. Jadi ada baiknya saya mencuba.

"Bukan untuk tangkap muat atau menerima apa saja watak ditawarkan sebaliknya lakonan membabitkan karakter yang pasti berbeza-beza. Dengan cara ini saya dapat memperbaiki kelemahan ketika tampil dalam lakonan," katanya.

Pembabitan dalam bidang nyanyian dan lakonan banyak membantu Shawal ketika mula berjinak dalam pengacaraan. Walaupun pada peringkat awalnya dia berdepan masalah namun berjaya diatasi dengan bimbingan pengarah serta rakan artis.

"Sebenarnya pengacaraan banyak membantu saya membentuk keyakinan diri ketika tampil menjayakan persembahan. Ketiga-tiga bidang ini ternyata mempunyai kaitan antara satu sama lain tidak salah jika sama mencubanya," katanya.

Menurut Shawal lagi, dia merancang untuk menghasilkan album kompilasi lagu 60-an secara solo jika diberi kesempatan pada masa depan.

kredit artikel : www.hmetro.com.my

Isnin, 1 Disember 2008

Mr. Agogo @ Karnival Ujibakat Raja Lawak [30Nov]

Ujibakat Raja Lawak hari kedua... sambutan masih menggalakkan. Peserta2 yang ingin menyertai ujibakat sanggup berbaris panjang tidak mahu melepaskan peluang pada hari terakhir ini. Malahan ada yang masih beratur sambil duduk dalam barisan sewaktu slot rehat makan tgh hari. Ini adalah kerana kaunter ditutup sebentar untuk krew rehat makan tgh hari, sangat gigih peserta ujibakat kali ini bukan!
_________________________________
Seperti di lokasi lain, bintang2 AF telah menghiburkan pengunjung bagi mengisi slot rehat tersebut. Selain Mr.Agogo bintang AF yang turut ada adalah Farah & Candy, tidak ketinggalan Ajieb (Murai), Yus, Tauke, Pak Cu (No Entry) & Zizan turut ambil bahagian dalam menghiburkan pengunjung.
_________________________________
Setelah selesai berhibur, ujibakat di teruskan lagi pada sesi petang. Kali ini Nabil & Along Cham mengambil alih tugas selaku pengacara pada petang itu. Apapun persembahan bagi penutup pengembaraan ujibakat raja lawak kali ini memang lain dari biasa. Tahniah kepada Krew & Artis serta geng Raja Lawak yang terlibat! pada peserta ujibakat yang tidak terpilih di harap jangan putus asa, cuba lagi di musim-musim yang akan datang.
_________________________________
'Kaulah Segalanya' sangat syahdu...

bersama fans Shah Alam yang sporting!

special performance 'Ketahuan Unplugged' (sgt best!)

barisan fans & artis
Shawal & Zizan saling menyakat ; Shawal bertanyakan nama fans

masa untuk fans mendera artis dalam permainan 'mumia pose'
disamping Farah menghiburkan penonton dengan lagu hindustan 'Kol Mil Gaya'
keputusannya Yus yang menjuarai permainan 'Mumia Pose'

Persembahan Penutup 'Kenangan Mengusik Jiwa'
Menari bersama peminat Shah Alam

Mr. Agogo @ Karnival Ujibakat Raja Lawak [29Nov]

Pengembaraan Ujibakat Raja Lawak 3 di teruskan lagi. Kali ini di Plaza Alam Sentral Shah Alam.

Mr.Agogo bersama 3 lagi rakan AF5 yang lain Heliza, Candy & Aizat telah mengisi slot rehat ujibakat tersebut. Situasi hari pertama, sambutan penonton amat menggalakkan, tiada langsung space kosong dari depan, kiri & kanan stage. Malahan tingkat atas juga penuuh. Boleh di katakan FULL HOUSE gitu. Berikut gambar2 hari pertama di Plaza Alam Sentral.

Beramah mesra bersama peminat dari Shah Alam

Kenangan Mengusik Jiwa

Kaulah Segalanya, Heliza & Candy jadi model video clip

Terima Kasih sudi datang!

~Nantikan Laporan Hari kedua!!!~

MR. Agogo @ L.O.O.K Futsal Tournament

Salam... Linda On Orange Klub (L.O.O.K) telah mengadakan satu tournament futsal pada 29 Nov yang bertempat di Ampang Sport Planet. Shawal FC telah menghantar 1 team dalam tournament futsal ni. Mr. Agogo yang pada mulanya hanya datang semata-mata untuk memberi sokongan & menghantar family beliau sahaja, telah turun padang bermain untuk team futsal Shawal FC.

Beliau sempat bermain untuk dua perlawanan sahaja menentang Bereh FC (menang 2-0) & Davom (kalah 3-2). Ini adalah kerana beliau terpaksa bergegas pulang kerana telah dijadualkan perlu menghadiri show di Plaza Alam Sentral pada sebelah petang. Walau bagaimanapun, beliau sempat menyumbang 1 gol dalam menentang Bereh FC.

Dalam perlawanan ini, keseluruhan Shawal FC telah menduduki tempat Ke-7 dari 32 team. TAHNIAH di ucapkan!!!

Sebahagian dari pemain Shawal FC

Ucapan alu-aluan dari Linda Onn & sepak mula

Sesi memanaskan badan "poco2"

Perlawanan bermula Shawal FC vs Bereh FC

Menang 2-0 , Shawal menyumbang 1 gol!

Mau bergegas ke Shah Alam untuk 'show' disebelah petang (^_^)v