Jumaat, 28 November 2008

Temui Shawal @ Ujibakat Raja Lawak Astro ESOK!!!

Jangan lepaskan peluang mencuba nasib bagi menjadi salah seorang peserta Raja Lawak Astro Musim ke-3. Pengembaraan terakhir ujibakat akan berada di:

Plaza Alam Sentral, Shah Alam
29 & 30 November 2008

Temui bintang-bintang Akademi Fantasia yang anda sayangi di sana!!!

Khamis, 27 November 2008

MR.AGOGO @ MASKULIN, DISEMBER 2008

Mr.Agogo tersenarai sebagai 12 selebriti lelaki Top Malaya 2008. Sebaris dengan selebriti terkenal tanahair yang lain... Adam, Alan Tan, Mazin, Tony Eusof, Asyraf Muslim, Jehan Miskin, Iqram, Danny, Zed Zaidi, Tuah, &. Remy Ishak.
----------------------------------------------------------------------------------------
DAPATKAN MASKULIN + KALENDAR 2009 DI PASARAN SEKARANG!!!

Rabu, 26 November 2008

Mr.Agogo @ Gempak Desa, Felda Kahang Timur

Mr.Agogo telah mengikuti jelajah Gempak Desa Astro (GDA) di Felda Kahang Timur, Kluang Johor. Ini merupakan pertama kali beliau mengikuti program GDA.

kredit foto : dmystify terima kasih (^_^)v

Khamis, 20 November 2008

Ozlynn Wati, Shawal seronok digandingkan

Rap

BUAT julung kalinya Ozlynn Waty dan Shawal Ruslan digandingkan sebagai pengacara menerusi program khasiat buah-buahan, Rahsia Yang Tersembunyi terbitan A Aida Production.

Ketika ditemui di lokasi penggambaran, masing-masing yang tidak pernah berpeluang bekerjasama mempunyai persepsi berlainan. Biarpun, tidak menjangka kebolehan masing-masing, namun mereka mengakui makin serasi di gandingkan bersama dalam program itu.

Bagi Ozlynn, pada mulanya dia agak terkejut apabila dimaklumkan akan digandingkan bersama Shawal yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia (AF5).

"Memang saya berasa takut pada mulanya apabila dimaklumkan akan digandingkan dengan pendatang baru seperti Shawal. Begitupun, sangkaan saya ternyata meleset apabila mendapati gandingan kami mempunyai keserasian. Malah, Shawal juga cepat bertindak dalam sesuatu situasi. Begitupun, dia masih ada masalah 'mumble' atau bercakap cepat sehingga kadangkala mengakibatkan salah dari segi sebutan.

"Kesilapan itu bagaimanapun jarang berlaku. Malah, lama kelamaan juga, kami semakin selesa dan seronok dengan skrip yang diberikan," katanya.

Sementara itu, Shawal yang sudah mengacarakan beberapa program hiburan seperti Azam Syawal dan Lebaran Di Alaf Baru (RTM) berkata, selain menambah pengetahuan berkaitan kesihatan, ia juga memberi pengalaman baru kepadanya mengacarakan program berbentuk dokumentari.

"Bukan saja menyanyi dan berlakon, malah pengacaraan juga sebahagian daripada cabang seni yang boleh diterokai. Jika sebelum ini, saya terbabit dalam mengacarakan program hiburan, namun menerusi program dokumentari ini, saya dapat mengetahui banyak maklumat mengenai kesihatan.

"Program ini pula dijalankan secara santai dan tidak terlalu formal menyebabkan kami mudah menyesuaikan diri dengan situasi. Cuma sukar sedikit apabila ia membabitkan sebutan nama saintifik untuk buah-buahan dan tumbuhan," katanya.

Kedua-duanya ternyata seronok dapat bekerjasama menjayakan program itu. Sambil mengakui masing-masing turut mempunyai tabiat suka berceloteh yang kadangkala menyebabkan situasi di set penggambaran menjadi riuh.


kredit foto & artikel : Rap @ Metro

*maaf kualiti foto kurang memuaskan, di 'captured' dr keratan akhbar sebenar.

Kongsi khasiat buah-buahan


Rap
TIDAK banyak daripada produksi tempatan yang berminat untuk menghasilkan program dokumentari kesihatan. Begitupun bagi A Aida Production, penghasilan program khasiat buah-buahan, Rahsia Yang Tersembunyi untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan bersama masyarakat.

Selain menjadi santapan, tidak ramai yang mengetahui khasiat daun betik yang boleh dijadikan ubat untuk beberapa jenis penyakit. Begitu juga belimbing bagi mereka yang mengalami masalah darah tinggi.

Program dokumentari drama sebanyak 13 episod itu yang menampilkan Ozlynn Waty Ismail dan Shawal Ruslan sebagai pengacara dijangka disiarkan menerusi RTM2.

Penerbitnya, A Aida berkata, idea untuk menghasilkan dokumentari drama itu terhasil selepas membaca buku mengenai buah-buahan.

"Saya berpendapat maklumat mengenai kesihatan yang diceritakan menerusi buku itu boleh dihasilkan dalam bentuk visual. Memandangkan buku hanya sesetengah individu saja dapat membacanya, jadi saya harap dengan penghasilan program ini, ia sedikit sebanyak dapat berkongsi ilmu kesihatan mengenai buah-buahan bersama masyarakat.

"Program ini akan mengupas dengan lebih terperinci mengenai khasiat buah-buahan daripada akar, daun dan batangnya. Sejenis buah-buahan tempatan akan dipaparkan pada setiap episod membabitkan tiga segmen di samping sketsa yang membabitkan buah berkenaan," katanya.

Ketika berkunjung ke lokasi penggambaran dokumentari berkenaan di sebuah restoran yang terkenal dengan pembuatan kuih pau di Shazana Pau Shop And Cafe, Kampung Baru, Kuala Lumpur, kru penerbitan program itu sedang menyiapkan beberapa episod akhir. Setiap episod mempunyai mesej tersendiri mengenai khasiat buah-buahan berkenaan.

Borak Lokasi

NAMA PROGRAM: Rahsia Yang Tersembunyi

kredit artikel : Rap@Metro

Rabu, 19 November 2008

SHAWAL FC BOWLING TOURNAMENT

Salam all...


  • Terbuka kepada semua KELAB PEMINAT ARTIS
  • Yuran penyertaan RM 160 / team ( 4 orang 1 kumpulan)
----------------------------------------------------------
Cepat!!! Tempat adalah terhad!
Tarikh tutup penyertaan : 15 Disember 2008

"Pantang Mundur Jalan Terus...Agogo!!!"

Ahad, 16 November 2008

Mr.Agogo @ Batik Fun Walk, OU

Batik Fun Walk di One Utama, program bermula dari 6.30am & berakhir 11.30am. Beberapa bintang AF telah terlibat dalam mengadakan persembahan dlm program ini. Antara artis yang terlibat adalah Mila, Candy, Shawal & Toi.

~Sesi memanaskan badan Linda Jasmine , Dr.SMS & Pn.Lela ~

~Shawal bersama MC,Azrul(cham) & Clowns~

~Kenangan Mengusik Jiwa~

~Menyanyi & Menari Bersama Clown~

~bye... AGOGO!!!~

Sabtu, 15 November 2008

Batik Fun Walk 2008, One Utama

TIME: 6.30AM - 7.00AM REGISTRATION 7.30AM FLAG-OFF BY OUR ASTRONAUT

VENUE: NEW WING MAIN ENTRANCE, ONE UTAMA SHOPPING CENTRE

ATTIRE: MALAYSIA BATIK

DATE: 16th NOVEMBER 2008

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

P R O G R A M M E

6:30 am

Registration

7:30 am

Arrival of VIP

7:40 am

Warming-up session by ASTRO - Linda Jasmine

8:00 am

Flag off by Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

8:45 am

Entertainment by ASTRO - Toi, Mila, Shawal and Candy

9:00 am

Prize giving ceremony

9:30am

Ends

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ENTRANCE FEE: RM10.00 (Inclusive a complimentary batik sarong)

(Children under 12 - free participation)

Download Entry forms

For group participation (above 12 years old) of 10 will get a complimentary 1 free entry, you only need to pay RM90.00.



for further information, please log on to www.penyayang.org.my

Khamis, 13 November 2008

Amboi...Amboi...Amboi @ Saluran Prima


13 Nov, 9pm-10pm Saluran Prima 105

Sedikit pic yang sempat di captured.. enjoy!

Nantikan siaran Ulangan Amboi...Amboi...Amboi...
di Astro Prima

14 Nov 2008 (Jumaat)
1.00 PM

15 Nov 2008 (Sabtu)
10.00 PM

16 Nov 2008 (Ahad)
11.00 AM

Rabu, 12 November 2008

Bintang AF, Raja Lawak Meriahkan Uji Bakat!


Teks oleh Razif Rosdi

Bagi menampilkan kelainan, sesi uji bakat Raja Lawak 3 mengundang beberapa selebriti Astro popular yang terdiri daripada bintang Akademi Fantasia (AF) dan Raja Lawak sendiri.

Untuk edisi pertama uji bakat yang berlangsung di Kuantan, baru-baru ini, bintang AF seperti Shawal, Yana, Faisal dan Mama Rina sama-sama mengikuti rombongan ini begitu juga jaguh Raja Lawak seperti Zizan, Johan, Pak Tam, Shah dan Tauke.

Tidak ketinggalan, penyampai Era, Adi Fashla yang bertindak selaku pengacara untuk segmen persembahan. Selain nyanyian, kesemua penghibur Astro ini turut menghiburkan penonton dengan pelbagai aktiviti memikat.

Bagi berkongsi apa yang berlaku sepanjang jelajah kali ini, murai.com.my merakamkan bermacam cerita menarik tentang Raja Lawak 3.

Corat-coret Jelajah Raja Lawak 3

* Rombongan jelajah yang dijadualkan bertolak pada jam 3 petang iaitu Jumaat, 7 November 2008 terlambat disebabkan Tauke tiba lewat dari Johor.

* Pengacara Raja Lawak, Zizan dan Johan sanggup pergi sendiri ke Kuantan kerana terlibat dengan rakaman program lain.

* Kasihan juri tetap Raja Lawak 3, Zaibo yang terpaksa menunggu bas di tepi Stesen Petronas Ampang di bawah panas terik. Namun, Zaibo nampak comel apabila menunggu dengan payung besar.

* Selain Zaibo, bas rombongan turut berhenti di Tol Bentong, Pahang untuk mengambil Shah Raja Lawak. Nak tahu kenapa? Sebabnya... Shah adalah Orang Bentong.

* Eeee... gelinya. Itulah yang terjadi pada Tasha dari team Astro. Ketika berhenti makan di sebuah restoran di Kuantan, tiba-tiba dia mejanya diserang ulat sampah. Kecoh habis!

* Adi Fashla sanggup memakai pampers bersama Orang Kuantan ketika memeriahkan aktiviti pertunjukan fesyen.

* Sewaktu menunggu giliran menyanyi, tiba-tiba cermin d ibilik solek jatuh dan habis berkecai. Cermin itu hampir-hampir terkena Mama Rina dan penulis. Namun, sikap keibuaan Mama Rina terselah apabila dia ringan tangan menolong membersihkan sisa kaca cermin tersebut.

* Setiap kali ada waktu terluang, Faisal AF6 selalu mengajak rakan-rakannya bermain bowling. Namun, hajat Faisal tidak kesampaian kerana apabila ada masa, gelanggang bowling sudah penuh.

* Ramai yang tegur Shawal kerana kulitnya semakin gelap. Alasan Shawal, ia kerana dia terlibat dengan program yang memaksanya berpanas di bawah terik mentari.

* Pada hari pertama uji bakat, Zizan kepenatan habis kerana terpaksa mengendalikan uji bakat seorang diri. Ini semua disebabkan Johan yang dijadualkan sampai pada hari kedua.

* Mengikut jadual, Johan dijangka sampai lebih awal namun dia terkandas disebabkan keretanya rosak. Jadi Johan tiba di Hotel Vistana di mana lokasi penginapan kami lebih kurang jam 3 pagi.

* Selain team Raja Lawak 3, Hotel Vistana juga menjadi tempat penginapan team Gempak Desa yang turut diadakan di Pahang. Maka, pada 2 hari itu, hotel ini dipenuhi artis seperti Zainal Alam Kadir, Farish, Tam Suhaimi, Farhan, Edlin dan Afiq AF5.

kredit
foto & artikel : murai.com.my
saksikan VC Mr.Agogo menemubual seorang peserta ujibakat.

Selasa, 11 November 2008

MR. Agogo @ Ujibakat Raja Lawak M3

Assalamualaikum... Pegembaraan Ujibakat Raja Lawak Musim ke 3
telah bermula. Lokasi pengembaraan mereka yang pertama,
adalah di Berjaya Megamall, Kuantan Pahang.

Ujibakat telah diadakan selama 2 hari bermula dr awal pg hingga ptg.
sessi rehat 2-3pm diserikan dengan persembahan artis-artis AF.
antara yang terlibat Faisal, Mama Rina, Yana & Shawal.

Menjemput sorang peserta ujibakat tuk menari bersama.
~Kenanganku~

menjemput penonton yang sporting menari bersama.
~Siti Haida~

Menjemput jejaka sporting dgn gaya Kenangan Mengusik Jiwa

~beramah mesra bersama peminat dari Kuantan di belakang pentas~

lg cerita kuantan, meh masuk blog adi

Rabu, 5 November 2008

Kerana Artis, Peminat Sanggup Bayar Meja


Teks oleh Razif Rosdi

Malam Rabu lalu bersamaan 29 Oktober 2008 lalu, majlis rumah terbuka Kemuncak Aidilfitri Bersama Bintang Akademi Fantasia (AF) mendapat perhatian ramai apabila ia melibatkan bekas juara-juara AF seperti Mawi, Mila, Stacy dan Zahid.

Yang jelas, walaupun ada tempat dijual sehingga RM400 seorang demi untuk duduk semeja dengan Mawi Mila, Dafi dan Stacy, acara yang berlangsung di Dewan Toh Puan Rahah, Yayasan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur itu tetap mendapat sambutan baik.

Itulah antara pengorbanan yangd dibuat oleh peminat bintang AF demi menyokong artis kesayangan mereka. Ada yang sanggup tutup sebelah mata asalkan puas hati dapat bertemu selebriti pujaan masing-masing.

Mengulas mengenai majlis pada malam itu, rata-rata peminat yang hadir membeli meja terhibur dengan acara nyanyian. Pun begitu, ada peminat kurang selesa dengan pemilihan kumpulan XN3 iaitu finalis Raja Lawak 2 sebagai pengacara.

Sebelum majlis berlangsung, majlis itu diserikan dengan acara red karpet yang dimeriahkan dengan rekaan dari pereka fesyen tempatan terkenal seperti Hatta Dolmat dan Hazwani.

Selain persembahan bintang AF, komposer terkenal Ajai turut berduet dengan Marsha melalui lagu terbaru mereka bertajuk Sayang. Tambah istimewa, acara cabutan bertuah turut dijalankan serta pertandingan baju raya tercantik bagi wartawan yang hadir.

Paling mengejutkan, penulis murai.com.my sendiri dan Marlia Surip dari akhbar Kosmo! dipilih menerima hadiah baju tercantik. Mereka menerima sebentuk cincin tajaan dari Habib Jewels. Terima kasih daun keladi!

Kredit Artikel & Foto : www.murai.com.my