Khamis, 30 Oktober 2008

Majlis Kemuncak Aidilfitri AF @ Tun Rahah

Majlis Kemuncak Aidilfitri bersama Artis2 AF,
telah berjalan dengan jayanya.
Selain makan malam, ada juga cabutan no. bertuah
& permainan yang di sertai oleh artis & fans.

during red carpet

Shawal meja no.19

persembahan artis lelaki "Selamat Hari Raya"

bual2...snap2... sain2...

Sha + No = we r family

nyanyi n berjoget ramai2

Family Potret with Mashall Team & T.A.G & Shawal Fans
mau pulang suda...

*** terima kasih kepada semua yang terlibat dlm menjayakan majlis ini. hope tahun depan buat la lg (^_^)v

Selasa, 28 Oktober 2008

MR. Agogo @ FADAM Fanatic Open House

FADAM Fanatic FC telah mengadakan satu Majlis Open House di INtai2. Mr. AgOgO, adalah salah sorang tetamu jemputan mereka. Sebenarnya beliau baru saje pulang dr shooting... alhamdulillah sempat juga menjengah majlis FADAM ni. nak di jadikan kisah lagi, Farah & Adam telah terdelay flight yg sepatutnya gerak dr Miri 2pm... tp terpaksa menunggu hingga 6.40pm. Makanya majlis terpaksa juga di teruskan. Selain Mr Agogo, Dior pun sempat hadir memeriahkan majlis tersebut.

Door Gift
Ketibaan Mr Agogo

Salam2.... "selamat hari raya"
Mari makan....

Table MT FADAM
Farah's Mom & Dad
FADAM geng
Kak Nor, Mr Agogo & Angah

Telecast Farah & Adam dr Miri

Games... Harming & Teka
Team A menang [Agogo.. hiks]

ucapan terima kasih sudi jemput shawal.. bla.. bla...
Shawal.. nak sain... hihi

Pose.. pose... n pose.....
Mr Agogo ngan Dior

Family Potret (^_^)v

***thanks 2 all FADAM Fanatic... terima kasih kerana sudi menjemput kami (^_^)b

Ahad, 26 Oktober 2008

Bintang AF serikan Kemuncak Aidilfitri

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

MAESTRO Talent & Management Sdn Bhd dan Al Najwa Productions Sdn Bhd bakal menganjurkan majlis Kemuncak Aidilfitri Bersama Bintang Akademi Fantasia (AF) sempena dengan tirai Syawal yang bakal berlabuh beberapa hari saja lagi.

Majlis Makan Malam Kemuncak Aidilfitri yang akan diadakan di Dewan Toh Puan Rahah, Yayasan Tun Abdul Razak pada 29 Oktober itu bakal diserikan dengan persembahan daripada bekas peserta AF seperti Mawi, Mila, Stacy, Faizal, Zahid, Farah, Dafi, Heliza, Toi, Nadia, Riz, Marsha, Nubhan, Saida, Shawal, Alif, Noni, Zila serta beberapa finalis Raja Lawak.

Ketua Pengurusan Artis dan Bakat, Maestro Talent, Liza llias berkata, penganjuran majlis ini lahir daripada cadangan kelab peminat AF sendiri yang rindu untuk melihat peserta kegemarannya beraksi.
Memandangkan Maestro sendiri sudah lama tidak menganjurkan majlis yang menggabungkan bekas pelajar dari musim pertama hingga keenam, ia memberi idea kepada pihak Maestro untuk menganjurkan majlis sedemikian. Selain itu juga, dengan menggabungkan ramai penyanyi dalam satu majlis memberi lebih banyak pilihan kepada tetamu yang hadir kelak.


“Kami sedar bukan mudah untuk peminat berkunjung ke rumah artis kegemaran mereka satu persatu. Selain destinasi yang jauh, kos juga menjadi salah satu faktor yang menghalang. Jadi dengan adanya majlis makan malam ini, tetamu bukan hanya dapat berjumpa seorang tetap ramai pelajar AF yang akan hadir pada malam itu nanti.

“Kami mahu wang yang mereka laburkan untuk ke majlis ini setimpal dengan apa yang dibayar. Kami mahu mereka gembira, selain berhibur mereka juga dapat bertentang mata dengan artis pujaan masing-masing,” kata Liza.

Pemilihan artis untuk menjayakan majlis berkenaan dibuat atas permintaan peminat, keaktifan mereka dalam dunia seni dan turut bergantung kepada kekosongan jadual.

Tetamu yang hadir pada malam itu nanti akan dihiburkan dengan persembahan solo, berkumpulan dan duet. Selain itu juga, majlis berkenaan akan menjadi medan kepada bekas pelajar AF memperdengarkan single terbaru mereka.

Selain berpeluang melihat persembahan, pelanggan yang membeli tiket berharga RM 400 juga berpeluang duduk bersama-sama dengan artis pujaan mereka.

Bagaimanapun menurut Liza, tiket untuk menyaksikan majlis hari raya itu sudah hampir habis dijual. Tiket dijual dari harga RM 100 hingga RM 400. Dewan Tun Rahah mampu memuatkan kira-kira 650 tetamu.

Bagi mereka yang berminat untuk menghadiri majlis makan malam ini boleh menghubungi talian 017-2696859 atau 012 3670753 dan 03-20943066.

kredit artikel : berita harian online

Sabtu, 25 Oktober 2008

Mr.Agogo @ Promosi Sehati Berdansa

Kemunculan Mista Agogo yeahhh.. nari2 meh dik...

Kenanganku...

penari2 tuk lagu Siti Haida.. hiks

beramah mesra ngan peminat yang terpilih

tu dia...berduet Siti Haida....sporting giler orang Klang....

yeahh... ngan Alam, Farish, Bob(mesra), & Tumb(gaia3)

----------------------------------------------------------------------------------------

Promosi Sehati Berdansa di Jusco Bukit Tinggi.
Mr.Agogo menyampaikan dua buah lagu.... Kenanganku & Siti Haida. almaklumlahkan, dah namenya program Sehati Berdansa dah tentulah lagu2nye pun kena irama dance kan...maka beragogolah meke pd ptg itu bersama Mr agogo. tuk lagu Kenanganku Mr Agogo menjemput kanak2 menari bersama. manakala Siti Haida beliau menjemput di kalangan orang2 lama... hiks. Sempat juga Mr Agogo berduet lagu Siti Haida bersama seorang peminat dari Klang.

Rabu, 22 Oktober 2008

Rumah Terbuka Murai @ Lemon

assalamualaikum, 21.10.08... satu majlis Rumah Terbuka Murai telah di adakan di Lemon Restaurant, Mines. Majlis ni dihadiri ramai artis, antaranya termasuk lah MR. AGOGO kita dan artis-artis yang pernah menjayakan segmen Aksi Murai. Tetamu juga terdiri daripada Geng Murai yang pernah menjadi Klon Artis untuk rancangan itu.

kredit gambar & laporan dr TAG SAB :

"Yang ni memang unexpected, memula adik aku je yang kene pi...pastu aku melalak kat karaoke tunggu dier habis, pastu tetiba dier message" Along...Shawal ada...pakai baju sedondon lagi" so apa lagi aku serang lah..sib baik ada org Murai yang aku kenal...amik kesempatan gamaknyer"

...terima kasih TAG SAB (^_^)v

Selasa, 21 Oktober 2008

KEMUNCAK AIDILFITRI bersama ARTIS AF


P R E M i E R_T A B L E
12 tables only -108 seats only

Mawi
RM 4,000 per table
Zahid, Faizal, Mila, Stacy, Farah & Dafi
RM 3,000 per table
Nadia, Riz, Toi, Nubhan & Heliza
RM 2,500 per table

‘Duduk Semeja dan Makan Bersama’ artiste
Special session – Photography & Autograph
Performance by AF Artiste & Raja Lawak
Goodie Bag, Lucky Draw

------------------------------------------------------------------

G O L D_
T A B L E
8 tables only – 72 seats only

Marsha, Alif, Saida, Amylea, Zila,
Shawal & Noni
RM 2,000 per table, RM 200 per seat

‘Duduk Semeja dan Makan Bersama’ artiste
Special session – Photography & Autograph
Performance by AF Artiste & Raja Lawak
Goodie Bag & Lucky Draw

------------------------------------------------------------------

S i L V E R_ T A B L E
10 tables – 100 seats only
RM 1,500 per table, RM 150 per seat
Special session – Photography & Autograph
Performance by AF Artiste & Raja Lawak
Goodie Bag & Lucky Draw

------------------------------------------------------------------

B R O N Z E_ T A B L E
15 tables – 150 seats only
RM 1,000 per table, RM 100 per seat
Performance by AF Artiste & Raja Lawak
Goodie Bag & Lucky Draw

Jumaat, 17 Oktober 2008

Memori Terindah Di Penutup Yok Sahur

Oleh Razif Rosdi
Foto Liyana Zainudin & Helmi Zainal
Penaja: Restoran Rumah Thai
---------------------------------
Perjalanan jauh menuju ke destinasi penutup Yok Sahur di Restoran Rumah Thai, Saujana Club, Sungai Buloh tidak mematahkan semangat GengMurai dan pemenang kuiz @15 untuk bertemu artis yang diminati.

Ia tambah menarik apabila ramai artis memberi sokongan menghadirkan diri seperti Farah, Shawal, Toi, Hafiz Hamidun, Rain, Kamal Adli, Afif, Nikki dan Mila. Apatah lagi, tarikh program ini iaitu 26 September di mana hanya 4 hari saja lagi menyambut Aidilfitri.
Seperti biasa, sama seperti lokasi sebelum ini, GengMurai dapat duduk semeja bersama selebriti sambil beramah mesra. Namun, perbezaan malam penutup ini terletak pada aktiviti dan konsep ala-ala menyambut raya.
Jadi, setiap pengunjung melaram sakan memakai baju raya begitu juga artis. Selain makan, pengunjung diserikan dengan persembahan lagu raya dari artis-artis seperti Shawal yang berduet dengan Farah menerusi lagu Suasana Di Hari Raya yang dipopularkan Anuar Zain dan Ellina.

Selain mereka berdua, Kamal dan Mila turut berduet di penghujung majlis. Apa yang menarik, editor murai.com.my, Ellyna Ali turut sama meriahkan majlis berduet dengan Akbar.
Bukan itu saja, Ketua Editor murai.com.my iaitu Roslen Fadzil turut sama menyumbangkan suara bersama pengurus Restoran Rumah Thai, Puan Lela.

Malam itu, penulis bersama penyampai radio Era, Aimee, berganding menjadi pengerusi majlis. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kerusi muzik, teka gerak bisu dan lumba makan ketupat.
Rata-rata, di setiap lokasi Yok Sahur, semua pemenang dan artis berpuas hati dan mahu Yok Sahur diadakan lagi pada tahun depan. Untuk itu, semua krew mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja utama iaitu Restoran Rumah Thai.
-----------------------------------------------------------------------------
Corat-coret Yok Sahur 4

- Hafiz Hamidun menjadi artis yang terakhir datang majlis kerana baru saja tamat siaran langsung program tilawah interaktif di RTM.
- Farah Asyikin tidak dapat hadir disebabkan keretanya breakdown. Manakala Nubhan masih belum pulih dari sakit belakang.
- Kamal Adli menjadi artis paling kecoh namun tersalah menyanyikan lirik lagu Suasana Di Hari Raya sehingga asyik diejek Shawal dan Akbar.
- Shawal yang datang awal tertidur selama satu jam di stesen minyak mobil kerana menunggu rakan untuk ke lokasi.
- Mila juara kerusi muzik raya mengalahkan kamal yang menyandang gelaran naib juara.
- Hafiz Hamidun pula memenangi pertandingan lumba makan ketupat dan kuah kacang.
- Pengkritik album di murai.com.my, Ellyna Ali kreatif membuat rapping menerusi lagu Satu Hari Di Hari Raya bersama Akbar.
- Ada PR artis turun walaupun artisnya tidak dapat menghadirkan diri.
- Farah asyik menjerit menyokong PR Maestro yang menyertai pertandingan makan ketupat iaitu Afiq.
- Shawal tersalah nyanyi bait lagu Seloka Hari Raya dengan menyanyikan lirik Usahlah 'Abang' Membuat Waktu... kepada Farah!
- Ramai artis tersesat ke lokasi seperti Aimee Era yang terpaksa menelefon krew murai.com.my untuk mengambilnya di tepi jalan.
-----------------------------------------------------------------------------
kredit foto n artikel : www.murai.com.my

Selasa, 7 Oktober 2008