Ahad, 31 Ogos 2008

MARHABAN di ASTRO PLAZA ANGSANA

Laporan dari Faisyah [Kebawal @T.A.G JB]

Shawal pakai baju melayu kaler Biru turqoise ngan songkok tinggi nyer spt biase. Awal kemunculan meke kua ramai2 nyanyi lagu "Hikmah". pastu kuar tuk 2nd time feat lagu "Ku Berlari" ngan kumpulan Firdaus. Then kuar lg nyanyi feat ngan Nubhan & Naim [tak tau lagu per hiks] .

Then ade games team Shawal lawan team Toi... kalo dah lawan game tuh sah2 la kan... sure team Shawal menang opss!!! hiks. Then mase Saida nyanyi lagu "Ku Mahu" Shawal n Afiq kua jd bekap dancer ala2 berlakon berebutkan Saida .. hahaha

tu je...

gamba later katenyer. Thanks Faisyah
(^_^)v

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang Ke 51
"PERPADUAN TERAS KEJAYAAN"

Jumaat, 29 Ogos 2008

TAYANGAN GEMPAK SELEBRITI ASTRO @ MELAKA


Tayangan GEMPAK SELEBRITI ASTRO de MUSIKAL

Tarikh : 30 OGOS 2008 (SABTU)

di ASTRO RIA (CH 104) - 10.00 mlm


Saksikan SHAWAL dan rakan-rakan dalam GEMPAK SELEBRITI ASTRO de Muzikal yang dirakam di Bandaraya Bersejarah MELAKA...

Pasti GEMPAK!!!!


Rabu, 27 Ogos 2008

SHAWAL @ MACAM-MACAM AZNIL


Nantikan kemunculan SHAWAL dalam Macam-Macam Aznil
bersama MAS AF2 sebagai tetamu undangan.

Topik : 'CUTI SEKOLAH'

Waktu Siaran
KHAMIS (9.00 malam)
ASTRO PRIMA (C108)


Isnin, 25 Ogos 2008

SHAWAL @ IKLAN BOH

Antara sedutan yang berjaya di rakam
SHAWAL sebagai GITAR HERO
di dalam IKLAN BOH


**Sorry ye kualiti gambar agak kurang memuaskan
[capture guna handset]


Sabtu, 23 Ogos 2008

SHAWAL @ MANGGA [edisi Salam Ramadhan]


Dapatkan Naskah Anda Sekarang!!!

Rabu, 20 Ogos 2008

MARHABAN Di ASTRO @ KUANTAN PARADE

Sesi jelajah MARHABAN Di ASTRO
telah bermula! Lokasi yang pertama mereka jejaki adalah
di Kuantan Parade [16/17 Ogos].

Selasa, 19 Ogos 2008

SHAWAL @ RAKAMAN BACAAN AL-QURAN [14.08]


Rakaman bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran sempena Ramadhan ni,
dengar2 ramai lagi artis yang terlibat.
Tuk review leh bace kat blog @bgM@nz


kredit foto : @bgM@nz Terima Kasih (^_^)v

Ahad, 17 Ogos 2008

Filem Disney : Camp Rock versi Melayu

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my


BINTANG alih suara Camp Rock (dari kiri), Shawal, Riz, Amylea, Farah dan Adi Fashla.- Gambar FATAH SULAIMAN


PENGHASILAN versi alih suara filem mahupun animasi bukanlah sesuatu yang baru. Ia seperti sudah menjadi trend terkini untuk menarik perhatian lebih ramai penonton untuk menonton sesebuah karya yang dihasilkan.

Terbaru, filem yang berjaya mencecah rating 8.9 juta penonton saluran Disney di Amerika Syarikat, Camp Rock dialih suara ke bahasa Melayu.

Bakal ditayangkan di saluran Disney (saluran 615, Astro) pada 7 September ini bermula pukul 7.30 malam, watak alih suara dijayakan oleh bintang-bintang popular Akademi Fantasia (AF) iaitu Adi Fashla (AF1) sebagai Jason Gray dan Farah (AF2) sebagai Tess Tyler.

Tidak ketinggalan, Amylea (AF3) sebagai Mitchie Torres, Shawal (AF5) sebagai Nate Gray dan Riz (AF6) sebagai Shane Gray.

Naib Presiden dan Pengarah Urusan Walt Disney Television International, Laura E. Wendt pada sidang media versi alih suara filem itu baru-baru ini berkata, pemilihan lima bintang AF itu sebagai memenuhi kehendak semasa penonton berdasarkan karakter dan suara.

Sementara itu, Pengarah, Jenama dan Pengiklanan Astro, Mohamed Adam Wee pada majlis yang sama menyatakan bahawa Disney dan Astro sentiasa berusaha untuk menyediakan hiburan yang terbaik untuk para peminat saluran itu di negara ini.

Selain kerjasama, ia turut memberi pengalaman dan pendedahan kepada bintang-bintang AF yang terpilih untuk mengetengahkan bakat mereka sebagai penghibur.

Pada masa akan datang, kerjasama seperti ini akan turut diberikan kepada bintang-bintang lain pula,katanya.

Versi asal filem Camp Rock dibintangi oleh artis rakaman Hollywood Records iaitu Jonas Brothers yang ditunjangi oleh Joe, Kevin dan Nick.

Turut ditampilkan ialah penyanyi, pengubah lagu serta pelakon, Demi Lovato.

Camp Rock memaparkan dua kisah remaja yang berbakat menulis dan mencipta lagu tetapi berasa ragu dengan impak penerimaan masyarakat terhadap karyanya.

Turut dipaparkan ialah kisah penyanyi muda yang hilang semangat untuk meneruskan kerjaya nyanyian lalu diarahkan keluar dari kumpulannya.

Dalam sebuah kem khas, mereka belajar penuh keazaman untuk mempercayai diri dan menilai kebebasan untuk menjadi seperti yang mereka ingini.

Menceritakan pengalaman sebagai bintang alih suara, kata Amylea, pengalaman tersebut ternyata sukar baginya memandangkan itulah kali pertama dia meminjamkan suaranya dalam sebuah filem.

Bagaimanapun, watak saya dalam filem ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan kehidupan diri saya yang sebenar,¡± katanya.

Riz pula menyifatkan bahawa sumbangan suara untuk watak Shane Gray merupakan suatu pengalaman yang cukup hebat dalam hidupnya.

Seperti Riz dan Amylea, Farah turut merasai pengalaman yang menyukarkan.

Membuat alih suara nampak mudah tapi sebenarnya tidak. Biarpun saya membuat banyak rujukan tentang watak Tess Tyler tetapi akhirnya perlu juga menjadi diri sendiri dalam alih suara, kata Farah.

Kata Shawal pula, dia dan Adi berjaya mewujudkan keserasian kerana karakter kelakar dalam diri mereka sama seperti watak dalam filem tersebut.

Saya berjaya menghabiskan alih suara ini kerana mempunyai nilai sama seperti dalam filem, termasuk percaya dengan diri sendiri dan bekerja keras untuk mencapai impian,kata Adi pula.

**Credit to: Utusan Malaysia

Win 4 Tickets to The Exclusive Preview

Win 4 Tickets to The Exclusive Preview of
CAMP ROCK

Disney’s Camp Rock preview screening details:-

Date : 6th September 2008 (Saturday)
Venue : GSC Cinemas, Pavilion Kuala Lumpur
Time : 4.00pm

for further information, please log on : www.astro.com.my

Sabtu, 16 Ogos 2008

SHAWAL@ SIDANG AKHBAR DISNEY's "CAMP ROCK"


Sidang akhbar ini telah berlangsung di sebuah kelab Jazz
di ibu negara.

Untuk review sila ke blog Adifashla

kredit Foto : Adifashla Thanks Bro (^_^)v

Selasa, 12 Ogos 2008

Ucapan Kemerdekaan 2008 SHAWAL @ MURAI

Merdeka @ Murai 2008

Jom Hantar Mesej Kemerdekaan!

Oleh Razif Rosdi
www.murai.com.my

Sempena menyemarakan lagi Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke-51, murai.com.my menjalankan kempen khas iaitu Merdeka Murai 2008. Dalam kempen ini, ahli GengMurai boleh muat naik foto-foto menarik berkaitan lemerdekaan sambil diselitkan dengan ucapan bercorak patriotik.

Apa yang menarik, kempen istimewa ini turut disertai selebriti popular seperti Dafi, Mila, Toi, Burn, Cham, Shawal, Nadia, Saida dan ramai lagi. Selain melihat foto mereka, anda juga boleh membaca sendiri ucapan menarik artis-artis ini berkaitan erti kemerdekaan.

Tambah istimewa, selain membaca anda juga boleh mengundi setiap foto peserta untuk memenangi hadiah melalui beberapa kategori yang disediakan.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Antara hadiah dan kategori yang disediakan ialah:

# Foto Paling Hits (popular)
Peserta yang gambarnya paling hits (paling banyak dilihat) akan menerima...

6 pemenang
1 x RM100 Baucer Buka Puasa Dari Restoran Lemon
5 x RM30 Baucer Buka Puasa Dari Restoran Lemon


# Peserta Paling Sosial (aktif)
Peserta yang menghantar paling banyak mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.

6 pemenang
1 x RM100 Baucer Buka Puasa Dari Restoran Lemon
5 x RM30 Baucer Buka Puasa Dari Restoran Lemon

# Foto Paling Patriotik
Setiap gambar yang dihantar akan dihakimi oleh editor Murai

1 pemenang
1 x RM100 Baucer Buka Puasa Dari Restoran Lemon
Barangan ekslusif yang ditandatangani artis popular

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi apa tunggu lagi, hantarlah foto dan ucapan merdeka anda dalam pertandingan ini sekarang.

Klik di sini untuk menyertainya Merdeka Murai 2008

kredit pic & artikel : www.murai.com.my

Isnin, 11 Ogos 2008

SPECIAL EDITION BIRTHDAY CELEBRATION VCD


SPECIAL EDITION BIRTHDAY CELEBRATION VCD

Assalammualaikummmm... yuhuuu guys... Oleh kerana ramai yang request so.. di sini kami buka iklan untuk u all membuat pesanan "Special Edition Birthday Celebration VCD.

Butiran adalah seperti berikut:
Harga : RM 25.00 -Terdapat 2 vcd ‘exclusive’ [termasuk bayaran pos]

• VCD 1 : Birthday Gathering Shawal & Nonny @ Izzi KL (19 July 2008)

• VCD 2 : Special VC Shawal & Nonny

• PHOTO : 2 pcs Exclusive Shawal & Nonny Photo's with Singnature

** Bayaran pengeposan adalah sebanyak RM 5.00 bagi setiap pesanan.

Jika u all berminat untuk mendapatkan pakej di atas, sila ikut
langkah2 yang diberikan di bawah.. ini bagi memudahkan kami menyemak
nama u all dan mengelakkan ianya tercicir dari senarai..harap u all
dpt beri kerjasama ya..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
LANGKAH 1:

Sila bank in pembayaran ke no akaun:

1601-001101252-5 [CIMB BANK]
Nurfazlina Bt Roslan

atau

164053-362285 [MAYBANK]
Suhaila bt Mohd Sunip

LANGKAH 2:

Sila email slip pembayaran beserta nama, alamat dan
koleksi yang diorder ke


Email : seriperak.25@gmail.com atau eyla29@gmail.com

LANGKAH 3:

Sila sms Seri (017-2290070) atau Eyla (012-2934129) untuk memaklumkan
pembayaran telah dibuat, jangan lupa sertakan nama,no.tel,alamat
lengkap.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Penghantaran akan dibuat sebaik sahaja slip pembayaran u all selamat kami terima atau dalam tempoh yang ditetapkan dalam setiap iklan yang dikeluarkan.


‘Pantang Mundur..Jalan Terus...AGOGO!!!’

Isnin, 4 Ogos 2008

GSA de Musikal @ Bukit Tinggi , Klang [03.08]

Salam...sumer!!!

~pose~


~nari2 tuk beautiful girl~

~interview ngan zizan~
~alolololoooo~
~Duet sedang ingin bercinta~
~ready tuk sain2~
~Bye!!! n thanks sumer~

Ahad, 3 Ogos 2008

GSA de Musikal @ Bukit Tinggi , Klang [02.08]

assalamualaikum...
Seperti sedia maklum....lokasi GSA kali ni adalah di JJ Bukit Tinggi, Klang....

~Ct Haida.. nari2 ngan Nadia AF6~

~Sedang Ingin Bercinta duet ngan Afiq~

~Bila Terasa Rindu~

~ngan Zainal Alam, Fitri & Reza~

~Special Pose~

psssstt.... jom la dtg beramai2 tuk hari kedua..... (^_^)v

Jumaat, 1 Ogos 2008

PROMO GEMPAK SELEBRITI ASTRO de MUZIKAL

Temui SHAWAL dan rakan-rakan di Jaya Jusco, Bukit Tinggi, Klang
pada 2-3 Ogos 2008 (Sabtu dan Ahad)
Pelbagai aktiviti menarik disediakan...
TAG... ready for action!!!!