Ahad, 29 Jun 2008

GSA de MUZIKAL @ KB MALL, KELANTAN

GSA de Muzikal menjelajah ke Kelantan pula.
TAG tak dpt turun ke sana huhuhuh..... (^_^)v

kredit pix : BItchy forumers Cari.com.my Thanks!

Sabtu, 28 Jun 2008

SHAWAL @ MAJALAH REMAJA JULY 2008

Korean Look SHAWAL bawa TUAH
kredit : Chiku Shanoans









Rabu, 25 Jun 2008

Kereta Shawal bersuara

Credit to : Akhbar KOSMO (Rabu : 25 Jun 2008)
Oleh FAIZAL SAHARUNI


ISTILAH kereta terpakai atau kereta second hand memang suatu istilah biasa. Bagi rakyat berpendapatan sederhana dan miliki sedikit asas ilmu dalam bidang automotif, kereta terpakai dianggap alternatif paling bijak berbanding pelaburan kereta baru yang kini semakin mahal.

Dengan kos sara hidup terus meningkat dari semasa ke semasa ditambah sumber pendapatan yang agak terhad, kereta terpakai jugalah yang menjadi pilihan hati.

Namun, bagi sesetengah orang, membeli kereta sebegini terlalu banyak risiko yang perlu ditanggung kemudian hari.

Pendedahan meluas di media cetak dan elektronik tentang kejadian seperti kereta sambung, geran bertindih dan risiko kondisi yang teruk antara menjadi faktor menyebabkan kereta baru lebih digemari ramai.

Berlainan pula bagi peserta terakhir tersingkir dalam Akademi Fantasia 5 (AF5), Shawal yang menganggap pembelian kereta terpakai ada pro dan kontranya.

Membutir pendapat peribadi, kata jejaka berusia 23 tahun ini, pemilihan kereta terpakai punyai kebaikan dan keburukan, malah ia bergantung pada bajet individu itu sendiri.

"Saya tahu nak beli kereta terpakai bukannya mudah. Pembeli harus bijak buat penilaian dan mengambil kira beberapa aspek penting awal-awal lagi.

"Sebaiknya jika tiada pengetahuan luas tentang kenderaan, lebih baik kita ajak rakan yang lebih memahami selok-belok kereta atau minta bantuan mekanik demi mengelakkan kejadian ditipu penjual kereta.

SHAWAL enggan membazir apabila membabitkan pembelian kereta.

"Lebih-lebih lagi kita tidak tahu pun keadaan dalaman kereta itu baik atau pun tidak. Justeru, bermacam perkara harus dinilai dan ditekankan terlebih dahulu.

"Sebagai pembeli, kita juga kena pandai pilih. Jangan tengok luarannya yang elok dan menarik, kita terus berkenan mahukan kenderaan itu," ujar Shawal memberikan nasihat berguna.

Begitu pun, dari satu sudut positif kepada pembeli, kereta seperti ini memberi pulangan menguntungkan jika perkiraan dilakukan dengan betul.

Jika tidak, mustahil pekedai yang menjual kereta terpakai boleh terus hidup dan tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Lihat sahaja di Lembah Kelang, konsep perniagaan lokasi setempat hampir ada di mana-mana dengan menawar pilihan kereta terpakai tempatan dan versi re-con dari Jepun dan Britain.

Pearl White kekasih Shawal

Beritahu Shawal atau nama sebenarnya Mohd Shawal Ruslan, kereta yang kini digunakan, Honda EK bagi mengangkut diri ke destinasi yang ingin dituju merupakan kereta terpakai diperolehi dengan harga sekitar RM50,000.


Mula digunakan sejak melangkahkan kaki keluar daripada AF5 setahun lalu, kata Shawal, Honda berusia hampir sedekad dengan gelaran Pearl White itu dibeli dengan seorang rakan yang bekerja di pejabat lamanya sebelum bergelar graduan AF.

"Saya tak kisah gunakan kereta terpakai walaupun ada yang berpendapat golongan selebriti seharusnya mendapatkan kenderaan baru dan moden di pasaran.

"Pada saya, terpulang pada keinginan dan kemahuan tiap individu itu. Tak semua orang cita rasa sama, malah saya perhatikan kereta terpakai juga ada kualiti masing-masing walaupun sudah digunakan orang lain.

"Apa yang saya tahu, ramai yang membeli kereta terpakai ini bagi mengubahsuai kenderaan mereka. Dengan itu, mereka dapat menjimatkan kos dan tak perlu keluarkan duit yang banyak," jelas anak sulung daripada empat beradik ini.

TIDAK ingat berapa kos dihabiskan bagi mengubah suai keretanya ini.

Shawal yang dilahirkan pada 3 Julai 1984 memberitahu, pemilik kenderaan jenis ini bakal berhadapan dengan situasi mobil mengalami masalah tidak menentu.

"Itulah keburukan kereta terpakai. Apa jua keadaan atau masalah boleh berlaku tanpa dapat dijangka. Bila-bila masa dia boleh buat hal.

"Berbanding kereta baru, sekurang-kurangnya dalam tempoh dua atau tiga tahun ia tidak akan meragam apatah lagi jika tuan punya kereta jaga dia dengan sepenuh kasih-sayang," ungkapnya.

Tidak dinafikan, sebelum ini Shawal berhasrat untuk membeli kenderaan baru, namun setelah memikirkan bermacam pandangan dan situasi, dia terpaksa melupakan angan-angan itu.

"Sebelum menyertai AF5, saya dah pun beli Proton Wira. Saya tak mahu nak membazir sangat sebab kereta itu pun masih digunakan adik.

"Ada ketikanya saya pun akan pandu Wira itu di sekitar rumah. Jadi saya rasa elok beli kenderaan terpakai sebab tak nak membazir.

"Lagi pun saya minat ubahsuai kenderaan. Dengan adanya Honda warna putih mutiara ini, saya boleh jalankan pengubahsuaian padanya bila-bila masa saja," tutur Shawal menguraikan lebih lanjut personalitinya yang berminat dalam mencantikkan mobil.

SEPERTI kereta baru. Inilah hasil ubah suai yang dilakukan terhadap kereta terpakai milik Shawal.

Sebelum menutup bicara petang itu, Shawal sempat menasihati para pemandu yang 'gila' mengubahsuai kenderaan: "Kalau anda nak buat apa-apa pada kereta, lakukan secara berpatutan dan ikut kemampuan sendiri.

"Sejauh mana minat dan hobi anda terhadap ubahsuai kenderaan, paling penting ia tidak sesekali langgar atau menyalahi undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa."

Isnin, 23 Jun 2008

SHAWAL FC JUARA BEREH BOWLING!!!


Alhamdulilah.... Shawal FC juara lagi. Kali ini bertempat di Sunway Pyramid Mega Lanes, pertandingan bowling anjuran Heliza Bereh FC telah berlangsung pada 22 Jun 2008 (Ahad).

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada team SHAWAL FC kerana berjaya merangkul gelaran JUARA buat kali ke-4.

Jutaan terima kasih yang tak terhinga kepada Kak Tre yang bergigih-gigih menguruskan team SHAWAL FC. Tidak lupa, terima kasih juga kepada semua penyokong-penyokong yang menghadirkan diri di sana.

Menurut sumber, sokongan dan sorakkan A GO GO!!! bukan sahaja dari SHAWAL FC yang ada... malah sokongan dan sorakkan itu juga daripada penyokong-penyokong FC lain yang ada.

Terima kasih di ucapkan kepada semua yang terlibat.
pic kredit : Kak Tre

Selasa, 17 Jun 2008

SHAWAL @ MAJALAH MANGGA JUNE 2008

SHAWAL masih mencari CINTA
oleh: Aisamurni Suparman

Bintang AF5 yang tinggi lampai ni peramah orangnya. Shawal (24 tahun) sekarang sibuk dengan Gempak The Musical Tour ke seluruh negara bersama selebriti Astro yang lain.

Ikuti cerita Shawal yang muncul dengan single lagu pertama berjudul Sampai Bila.

Cerita Shawal :

"Buat masa ni Shawal stop dulu terima tawaran berlakon sebab sibuk dengan Gempak The Musical Tour ke seluruh negara. Lepas ni kalau ade tawaran berlakon insya-Allah Shawal pertimbangkan.

"Lepas AF6 muncul Shawal tak rasa pun populariti tergugat sebab bagi Shawal masing-masing ada rezeki tersendiri.

"Tentang Scha, dia gadis yang baik, manis, mesra dan ramah. Orangnya cantik, comel dan berpotensi dalam bidang lakonan.

"Soal cinta Shawal masih macam dulu. Masih mencari. Tapi tak dinafikan Shawal memang ramai kawan-kawan. Setakat ini belom ada lagi yang berjaya mengetuk pintu hati ini...

"Shawal lebih senang berkawan dengan ramai orang. Tak kisah dia perempuan atau lelaki...'adik-adik' atau 'kakak-kakak' ke... ha ha ha... Semua Shawal layan baik."

Begitulah cerita Shawal yang tak suka makan sayur ni. Kepada pemabca Mangga yang berminat nak berkenalan dengan Shawal bolehlah hantar e-mel:
mohdshawalruslan@gmail.com

Kredit: Majalah MANGGA June08
Pic: kak Chiku (Shanoans)

SHAWAL @ GSA de Muzikal Kuantan, Pahang

Kredit Gambar : Silent_Kid a.k.a Asy

Lokasi GSA de Muzikal kali ini adalah di Berjaya Megamall Kuantan, Pahang pada 31 Mei dan 1 Jun 2008.

Thanks to Asy yang sudi berkongsi gambar dan laporan mengenai GSA kali ini. Geng TAG tak dapat turun kaedahnye, masing-masing ade komitmen lain... sib baik ade dak Asy ni... kalau x... korang bayangkan je la ye... hehehe...

Menurut laporan Asy, penampilan Shawal kali ini agak berbeza. Wow! Rambut baru tu.... Sudah kasi potong pendek.. manyak kemas.... Cayalah bro.... imej baru tu.. nampak lagi macho dan Agogo.. hehehe...

Korang tengok je la ye gambar-gambar ni sepanjang Shawal di sana.. nak tulis lebih-lebih takut tersalah info lak nanti. Tapi ape yang pasti.... Shawal buat persembahan solo kali ini, lagu Siti Haida. Selalunye di lokasi GSA yang lain, Shawal berduet dengan Idayu, lagu 'Sembunyi'.

Memang beruntung sungguh warga Kuantan kali ni ye... Selain dapat melihat imej baru Shawal, mereka dihiburkan dengan nyanyian solo oleh beliau... Huwaaaaaaaaaaaaaaa.. jeles ni.... hehehe

Ok lah.. untuk laporan lanjut, korang boleh view blog Asy (klik sini)
**sorry terlewat view report... :P

Isnin, 9 Jun 2008

SHAWAL FC JUARA LAGI

Credit gambar : KAK TRE


Alhamdulilah.... Shawal FC juara lagi. Kali ini bertempat di Summit USJ, pertandingan bowling anjuran Zila FC telah berlangsung pada 8 Jun 2008 (Ahad)

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada team SHAWAL FC kerana berjaya merangkul gelaran juara.

Terima kasih kepada Kak Tre coz sudi share gambar-gambar ni dengan kami. Thanks kak...

AGOGO TRIP @ KUALA LINGGI, MELAKA (PART 1)



Assalammualaikum... sorry guys... terlewat buat report. Hikhikhik... ingat nak buat semalam, tapi badan flat abih, nak susun ayat pun tak de idea. Kepala otak ‘tertinggal’ kat kota linggi lagi, telinga dok terngiang-ngiang bunyi desiran ombak dan mata dok terbayang-bayang keindahan pantai.... wah... gitu tau... main bunga ayat ni.. hehehe...

Ok sebelum report ku jadi panjang menjela-jela, Seri nak panjatkan rasa syukur yang tak terhingga ke hadrat Illahi kerana percutian bersama teman-teman akhirnya menjadi reality. Terima kasih yang tak terhingga pada kak umi dan abang sekeluarga kerana bersusah payah dan bertungkus lumus memastikan percutian yang dirancang dalam masa yang singkat akhirnya menjadi nyata.

Seri tak rasa ini percutian antara teman-teman sebalik nye lebih kepada family reunion. Seronok sangat dapat berkumpul dengan kalian semua. 3 hari 2 malam di Kuala Linggi Melaka sememangnya mengukir kenangan manis yang takkan luput dari ingatan.

Hari pertama ( 2 Jun 2008)
Dengan semangat yang berkobar-kobar, geng TAG cawangan Putrajaya ... hehehe.... awal-awal pagi dah tak sabar kaedahnye nak bertolak. Aroma masak lemak cili api ikan masin sememang nye dah mengoda selera dah...siap terbayang2 ni kita semua berkelah ramai2 kat tepi pantai. Eeee seronok nye.... bertambah teruja dibuatnya...Hehehe...

Tepat pukul 9 pagi Seri, Eyla dan Zaki (adik eyla) bertolak menuju ke RnR Seremban (check point la kononnya hehheee) menaiki kereta kancil turbo ku yang comel itu. Sarat kancil tu dengan makanan, beg sorang 2 bijik dan macam-macam khazanah lagi. HIKS!

Tepat pukul 10 kami sampai kat RnR Seremban,(dah kata nk berkumpul tepat kul 10... hehehe) siap sarapan dulu sementara menanti kedatangan geng TAG yang lain. Time ni memang dah tak fikir ape dah... rasa seronok sangat.

Lebih kurang pukul 11 kak umi massage, lagi lima minit dia orang sampai. Yesss!!! Ready guys!!!! Konvoi time.. hehehe..
Memang teruja time ni bila kami konvoi ramai-ramai macam ni. Riang ‘RIA’, white pearl, ‘kancil’ turbo, ‘myvi’ drift, dan ‘viva’ forever beraksi di atas jalan raya.... cantik jer beratur.

Tepat pukul 1230 tengah hari, kami tiba di lokasi percutian iaitu di Kuala Linggi, Melaka. Memang best tempat ni, jauh dari hiruk pikuk kota... udara nyaman, bayu laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa dan keindahan pantai yang cantik, memang buat kami terus jatuh cinta dengan tempat ni. Lepas check in, masing-masing menuju ke dewan dengan perut berkeroncong. Tapi seri dan Atie, x join, ade mission kat tempat lain, rescue 911 kaedahnye. Sempat gi beli ais ngan kicap (menu wajib ni... hehehe) sebelum menuju ke Pengkalan Kempas. Pak usu Atie leh sesat sampai kesana... jauh tu... lebih kurang 7 kilometer la dari chalet ni. Dengan perut yang berkeroncong dan tanpa memikirkan masa depan kami meneruskan perjalanan... hehehe...

Elok sampai je, dia org semua dah selesai ‘merasa’ makanan (bak kata eyla) tengah hari tu. Siap ade buah limau bali from Ipoh tu... thanks kak Sue. Huh macam-macam lauk ade... masing-masing bawak port luck. Sekali letak berderet makanan. Sambal sotong, sambal udang, ayam goreng, masak lemak cili api, tempe goreng, ikan kering, huh semua nya membuka selera la...

Dah kenyang masing-masing masuk ke bilik, berehat dan bersihkan diri. Penat dan panas tapi dah teruja nak berlari ke pantai ni.
Petang tu, kami buat aktiviti bebas, walaupun hujan renyai-renyai, tapi semua degil tak mo naik... semua leka main kaedahnye. Main bola tampar, badminton, main air, berangan kat tepi pantai, semua ada. Memang best sangat.

Sebelah malam pulak ade BBQ... Huh banyaknye makanan... ayam panggang, udang, ketam, ikan bakar, sausage... memang meriah dengan makanan la. Ada mamat tu siap carik nasi putih lagi.. hehehe... nasik goreng langsung x disentuhnye sebab ade sayur... U guys know who la kan....

Lepas semua dah kekenyangan, kita orang ramai-ramai duduk lepak kat dewan tu, borak sampai dekat kul 12 malam. Macam-macam cerita keluar. Sakit perut ketawa.... lepas tu konon-konon masing-masing nk masuk tido la, alih-alih boleh sambung melepak kat pondok sampai pukul 3 pagi. Ambik kau.... tak reti-reti nak tido gamaknye.. hehehe ni la dia kalau dapat berkumpul ramai-ramai.. ade je cerita yang nak dibahan kan. Yang pasti memang sakit perut gelak, tambah-tambah kalau cerita dari Mr.Agogo. Ade je idea dia nak buat lawak.

*** coming soon... hari Kedua... tungguuuu


AGOGO TRIP @ KUALA LINGGI MELAKA (PART 2)

Hari Kedua ( 3 Jun 2008)




Korang larat lagi ke nak bace bebelan ku ini?
Ok sambung balik... hari kedua di mulakan dengan penuh keceriaan.. wahhh hiks! Selesai breakfast masing-masing dah berkumpul kat pantai. Sangat berdisplin korang ni kan... x payah susah2 nak gi gegar pintu bilik. Hehehee.... Mula-mula tak tahu gak nak main ape... so kita orang main pasir sementara tunggu ‘tuan rumah’ bersarapan. Dah macam budak kecik je masing-masing bila leka main pasir. Mula-mula buat istana pasir, lepas tu main tanam kaki... last-last ayouk jadik mangsa.. kena tanam jadi ikan duyung. Hiks... cumil jer time ni.

Then bila semua dah ada, kami buat dua kumpulan, kena cabut undi supaya tak berlaku ketidakadilan... kang tak pasal2 ade rusuhan x puas hati lak kan... xpasal2 kuar porem... opsss!!! Terlebih sudah...hehehe. Hasil undian dan ‘oo soom’ maka wujud la 2 kumpulan... ‘Ombak’ vs ‘Pasir’.

Sapa kalah malam kena karaoke. Glup! Game pertama galah panjang. Haru biru main game ni. Tapi memang seronok. Gelak tak ingat dunia. Kak Julia la paling payah nak ditumpaskan.. macam ikan keli da.... payah nk perangkap dia. Keputusannye geng Shawal iaitu kumpulan Pasir menang.

Huh takpe2 ade peluang lagi. Lepas penat main galah panjang, rehat sat sambil wat pyramid beramai2. Heheheh maka tercipta la pyramid ‘agogo’ hhehehe. Lepas tu Shawal ajak duduk dalam bulatan main game. Luper la nama game ni, tapi cara nya masing-masing kena ingat nombor dan sebut. Sapa tersasul, di kira kalah. (game ni dia org pernah main masa kat AF5 dulu). Memang kelakar main game ni, ade yang terkedu tetibe, tersasul tak pasal-pasal, macam-macam gaya la.
Elok-elok dok melepak... kak umi cadangkan main ‘tuju selipar pulak’ Hish x reti penat akak ku sorang ni. Maka berlaku lah pertempuran sengit antara group Ombak dan Pasir.

Keputusan nye... sekali lagi berpihat pada team shawal... team pasir. Aleh.. tak per.. saje je bagi chance korang menang.

Dah penat main tuju selipar... sedar-sedar dah pukul 130tengah hari. Perghhh main sampai matahari tegak di kepala ni. So masing-masing naik ke dewan makan, memandangkan makanan tengah hari pun dah ready kan. Sapa yang lapar, pergi makan, tapi ada juga yang balik ke bilik membersihkan diri dan rehat. Siap ade yang bantai terlelap kejap... charge battery kaedahnye.

Lepas makan tengah hari, sambung lepak dekat dewan tempat kami makan. Dah la mengadap laut, walaupun cuaca panas, tapi best sebab angin bertiup lembut. Hehehe... bahagia nya hidup macam ni, makan main, borak-borak, makan lagi, main, dan borak lagi. Tak payah nk pk apa-apa dah. Memang enjoy habis la.

Pada sebelah petang, kami main bola tampar pantai pula. Banyak aksi-aksi lucu time main ni, sampai tak larat nak gelak. Macam-macam gaya... ada yang pose dah ala-ala pro tapi bila serve bola.. out..hehehe, ada yang sabotaj group sendiri, ada yang hanya mampu melihat bola jatuh di depan mata.. macam-macam aksi la... kalau nk cerita kat sini.... mau sampai raya ketiga pun belum tentu habis.

Dah berkubang dekat pasir, apa lagi... laut dah memanggil-manggil tu... terjun!!!! Time ni memang best. Siap ada yang kena buli dalam air, gara-gara tak reti berenang, ada yang nyaris lemas tapi sib baik hero ade, ade yang feeling jadik ikan duyung versi dugong, ada yang tahan hati xmo turun mandi...macam-macam aksi laa... jenuh kalau nk coretkan satu persatu. Hehehe....

Dah puas bermain, masing-masing masuk ke bilik dan membersihkan diri, ready untuk karaoke pula pada belah malam. Tepat pukul 7.45 malam, seri dan eyla turun ke dewan, kemas ape yang patut,dan pasang banner. Yang best nye... ade belon muka shawal tergantung di kiri dan kanan dewan. Best-best... walaupun simple dan ala kadar je tapi sangat meriah. Lepas makan.. maka bermula la sesi karaoke. Siap kena buli yang tak tahan tu. Masing-masing di wajibkan menyanyi... tak de yang terlepas. Siap ade cabutan undi lak tu... ni idea kak umi. Nakal sungguh kakak ku ini. Tapi ok la gak kan.. bila lagi nak kena buli. Tak pasal-pasal den pun kono... cit! Sabo je la... dah seram-seram sejuk kaedahnye. Maka malam itu terciptalah sejarah baru... masing-masing berjaya men’yumbang’ kan lagu dengan cara tersendiri... pitching bukan ke laut lagi dah... laut pun tak sanggup nak terima dengar hasil nyanyian masing-masing.. hehehe...

Shawal turut menyanyikan beberapa buah lagu antaranya Bila bulan bicara, kaulah segalanya, Sampai bila, Ketahuan, Harapan dan Yang ku saying (duet dengan kak ros). Cayalah bro, walaupun penat masih sudi melayan karenah kami sepanjang hari. Hehehe... VC time karaoke ni ade... nak tengok kena tungguuuu... hehehe....

Malam itu berakhir dengan penuh kegembiraan. Yang paling tak tahan tu, ade group ‘saloma’ dok berkaraoke sampai pukul 1 pagi. Makk aii.. baru dapat feel ye kakak-kakak ku.... hehehe... memang sporting la u guys! Malatop

AGOGO TRIP @ KUALA LINGGI MELAKA (PART 3)

HARI KETIGA ( RABU 4 JUN 2008)



Masing-masing bangun awal pagi tu, walaupun penat semalam tak hilang lagi. Tapi disebabkan sikap sporting kalian, masing-masing bergigih-gigih ni turun sarapan sama-sama, awal pulak tu. Selesai sarapan, masing-masing buat aktiviti bebas. Kononnya nak sambung main games la... tapi disebabkan semua dah ala-ala duyung terdampar di pantai, so acara sukaneka dibatalkan. Time ni semua pakat-pakat turun mandi laut untuk kali terakhir sebelum berangkat pulang. Kak umi yang sanggup x turun mandi laut sebelum ni pun tetibe join mandi sekali. Cayalah kak. Tak tahan godaan ni hehehe...


Lebih kurang pukul 11 lebih, semua dah naik atas, bersihkan diri dan berkemas-kemas nak check out. Rasa tak mau balik pun ada. Rasa macam nak sambung cuti pun ada ni. Mana tak nya, sepanjang 3 hari 2 malam di sini, langsung tak rasa tekanan, fikiran rasa tenang sangat. Hati rasa lapang bila dengar suara gelak ketawa, usik mengusik sesama sendiri, deruan ombak... pendek kata memang best la.

Rasa berat hati disaat nk meninggalkan tempat ni... rasa macam berada di dunia fantasi.... bila pulang nanti... kena berdepan dengan dunia reality....

Apa-apa pun...rasa puas bila melihat masing-masing betul2 have fun di sini. Terasa ikatan kekeluargaan itu semakin erat.

To Shawal, terima kasih bro sebab sudi meluangkan masa dan melayan karenah kami yang pelbagai ragam, dan sangat sporting bila sudi duduk lepak, bergurau, makan bersama, dan membuli semua yang ada. Terima kasih kerana buat kami semua rasa selesa dengan sikap Shawal tu dan terima kasih juga kerana menanggap kami semua menjadi sebahagian dari family Shawal. Apa yang kami harapkan, mudah-mudahan Shawal kekal kan sikap macam tu ye. Maaf kalau ada terlebih gurau, terkasar kata mahupun perlakuan.

Pada eyla, atie, kak umi sekeluarga, umi, ayouk, zaki, kak Julia, kak sue, kak chiku, kak ros, kak obi dan semua yang join percutian ni, Seri mohon maaf ye kalau ada yang terkurang dalam report ni. Hehehe maklum la kalau nk coretkan semua kat sini.... jenuh pulak korang nk baca kan. Harap-harap kita dapat berkumpul lagi macam ni k....

OK lah panjang sudah laporan dari ku. Sorry ye kalau ayat ku ini payah nak difahami... hehehe....
Keeping agogo guys!!!!! Next xtvt??? Jeng jeng jeng.....

-Seri @TAG -

Khamis, 5 Jun 2008

HIP Ramai sokong Hari Seniman

Penggiat seni mahu tahu pengisian di sebali perisytiharan itu TANGGAL 29 Mei sudah diwartakan secara rasmi sebagai Hari Seniman Kebangsaan apabila Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) mengisytiharkannya bertujuan mengenang dan menghargai segala bentuk sumbangan dan jasa golongan itu dalam meneruskan legasi karya seni anak tempatan.

Ia diisytiharkan dan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam majlis penuh gemilang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis lalu.

Mengharukan lagi, apabila termaktubnya tarikh itu juga jatuh pada hari sambutan ulang tahun ke-35 tahun pemergian Seniman Agung Negara, Tan Sri P Ramlee.

Tapi apa pandangan generasi muda terhadap Hari Seniman? Hip mendapatkan pandangan beberapa pandangan karyawan veteran dan baru mengenai Hari Seniman yang akan menjadi acara tahunan bagi karyawan seni tanah air.

DATUK SARIMAH AHMAD
"Sebagai orang lama, saya masih berasakan ada kekaburan terhadap pengisian yang ingin dilaksanakan pada Hari Seniman. Sebelum kita melaksanakan sesuatu, apa yang penting dalam pelaksanaan itu adalah pengisiannya. Namun sehingga hari ini saya masih kabur.

Jika kita lihat pada tarikhnya pun jatuh pada hari pemergian seniman P.Ramlee dan bukannya pada hari kelahirannya. Saya juga tidak mahu menyamakan dengan sambutan Maulidul Rasul yang disambut pada hari kelahiran Nabi kita, namun itu juga adalah tarikh yang sebaiknya. “Saya juga sudah terlalu banyak bercakap mengenai seniman dan rasanya sudah tidak ada apa lagi yang ingin disampaikan kerana semasa adanya P.Ramlee saya juga bersamanya. Perjuangannya dalam dunia seni ini terlalu besar dan seharusnya hari seniman juga harus diisi dengan pelbagai pengisian yang besar.


“Saranan saya juga sekiranya boleh ditubuhkan Yayasan P.Ramlee yang banyak boleh memberi manfaat kepadanya dan juga anak seni yang betul-betul bergiat dalam dunia seni ini. Bagaimanapun saya tetap menyokong dengan kewujudan Hari Seniman ini yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dikalangan orang seni, tetapi terpulang bagaimana penganjur melaksanakannya amanat itu."


DYNAZ
"Hari Seniman memang sepatutnya diraikan oleh orang seni. Tetapi saya masih kurang jelas mengapa orang seni macam saya ini masih lagi bekerja sedangkan hari itu adalah untuk kita semuanya. Komitmen pada kerja memang sepatutnya diteruskan tetapi apalah salahnya sehari itu diraikan hari untuk seniman tanah air dengan memberikan cuti agar dapat bersama berkumpul. “Saya akui memang orang seni ini sebenarnya sukar untuk mencari ruang untuk bercuti, sedangkan hari raya pun masih bekerja inikan pula sambutan yang pertama kali untuk disambut oleh orang seni. Sekiranya boleh disarankan kepada pihak kerajaan agar syarikat penerbit memberi cuti dan anak-anak seni ini boleh memberi komitmen kepada hari seniman yang akan disambut selama sebulan itu."

NABIL
"Sebagai pendatang baru yang memeriahkan persada seni, saya tumpang gembira dengan terwartanya Hari Seniman Kebangsaan. Ia satu penghargaan kepada penggiat seni yang selama ini bertungkus-lumus memperjuangkan budaya dan warisan dalam pelbagai medium. Sebagaimana mereka, saya juga mengharapkan kehadiran diri ini mampu memberi impak dalam dunia seni hiburan. “Harapnya usaha Finas yang diberi amanah sebagai jentera penggerak kesinambungan Hari Seniman Kebangsaan akan terus menerus memastikan sambutannya dengan pengisian yang baik. Setidak-tidaknya orang luar dan masyarakat akan sedar peri pentingnya peranan dan figura seorang seniman itu mencakupi pelbagai aspek seni."


SHAWAL
"Tanpa generasi lama, maka tiadalah generasi baru seperti kami ini. Usaha menghargai golongan seniman dan penggiat seni bukan satu usaha bermusim sebaliknya perlu dilakukan berterusan. Merekalah sentiasa menjadi idola, teladan dan contoh untuk kami memperjuangkan bakat seni yang ada. “Perjuangan dan pengorbanan mereka jangan sesekali dilupakan dan menjadi penanda aras untuk kami terus bekerja keras dan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, tidak semata-mata dikaburi dengan pulangan hasil kerja dalam bentuk wang ringgit saja. Dengan termaktubnya HSK itu sekaligus kita boleh menghargai dan menghayati pemergian Allahyarham Tan Sri P Ramlee.”


FOUZIAH GOUS
"Pada saya, Hari Seniman Kebangsaan patut diraikan dan secara tak langsung kita dapat mengingati pemergian Allahyarham Tan Sri P Ramlee serta hari mengiktiraf sesama penggiat dan pengkarya seni. Melihat secara kasar, sebenarnya dengan adanya Hari Seniman, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama penggiat seni. Pada masa yang sama, kita dapat berkongsi banyak perkara sesama sendiri. Sebagai orang baru, saya yakin generasi pelapis perlu lebih peka mengenal perjuangan generasi terdahulu sebagai pembakar semangat dan motivasi.




Credit To : Berita Harian (Selasa 3 Jun 08)